Mesti ramai yang tertanya- tanya apa itu Lean? program kuruskan badan ke?
Walaupun inisiatif Lean Healthcare ini telah mula diperkenalkan secara meluas pada tahun 2015, kami percaya masih ramai yang tidak tahu apa itu Lean Healthcare. Mungkin pernah dengar, tapi hanya setakat dengar tanpa memahaminya.
Bagi yang tahu pula, ada yang menganggap dan menyangka lean hanyalah untuk mengurangkan masa menunggu (waiting time). Oleh sebab itu, bila disebut sahaja pasal lean, semua akan mempunyai mindset, "oo ni nak kurangkan masa menunggu". Walaupun begitu, salah ya sebenarnya.
Secara umumnya lean ini adalah proses membuang "waste" di dalam sesuatu proses dengan matlamat untuk menjadikan proses tersebut lebih efisien dan optimum. Waste ini merupakan sesuatu perkara seperti perbuatan atau proses kerja atau apa-apa sahaja yang sebenarnya tidak membeli nilai tambah di dalam sesuatu proses, sebaliknya hanya menambah beban dan merugikan.
Kita mungkin tidak sedar, ada beberapa perkara yang kita lakukan dalam kehidupan seharian kita yang sebenarnya telahpun menjalani proses lean. Sebagai contoh, jika dulu kita perlu datang lebih awal dan beratur untuk membeli tiket wayang, namun sekarang tidak lagi. Semuanya dihujung jari. Kita telah menjimat masa yang banyak dengan hanya membeli tiket secara atas talian. Malahan ia turut memberi kita kelapangan minda apabila kita tidak lagi perlu tergesa-gesa untuk keluar membeli tiket wayang kerana khuatir tiket wayang telah habis dijual.
Penerapan budaya lean di hospital diharap dapat memberi impak kepada warga kerja dan pesakit. Melalui lean, kita dapat mengurangkan masa menunggu pesakit. Malah melalui lean juga warga kerja dapat melakukan kerja dengan lebih efisien sehingga bebanan tugas dapat dikurangkan.
Jadi ingat, apa bila kita sebut lean, ia pasti akan berkait dengan waste. Terdapat 8 jenis waste di dalam lean iaitu:
Defects
Overproduction
Time (waiting)
Non utilized talent
Transportation
Inventory
Motion
Extra processing
Pasti dalam tugas seharian anda, anda akan menemui jenis-jenis waste tersebut kan? Jadi sekiranya anda dapat mengenalpasti dan menyingkirkan waste-waste tersebut, secara tidak lansung anda telah pun menjalankan proses lean!
Mudah kan?
Semoga budaya lean dapat diterapkan disemua ptj di Jabatan Kesihatan Negeri Perak.