"Streamlining Health, Enhancing Care: Toward a Lean Future"
Selamat datang ke laman sesawang Lean Flying Squad Jabatan Kesihatan Negeri Perak
LEAN
Anda semua kenal Toyota? Mestilah tahu kan. Lean merupakan satu konsep yang diambil dari cara Toyota mengurangkan kos pengeluaran mereka. Toyota telah berjaya mengurangkan kos pengeluaran dengan cara membuang "waste" - excess material yang ada di dalam proses pembuatan kenderaan. Ini telah menyebabkan Toyota berjaya mengeluarkan kenderaan dengan lebih cepat, berkualiti dan murah. Inisiatif yang di lakukan oleh Toyota dikenali sebagai Toyota Production System yang kini lebih dikenali sebagai Lean Production System. Sehingga kini, inisiatif Lean ini telah digunapakai oleh pelbagai industri, termasuklah kesihatan. Hebat kan?
Lean ni program nak kuruskan badan ke? Apa kaitan dengan kurangkan masa menunggu dan sebagainya?
Nak tahu lebih lanjut berkenaan Lean Healthcare? Jom tekan disini
Heijunka? Kaizen? Gemba? Muri? Muda? Mura? Mahal tiada?
Bingung dengan istilah-istilah yang digunakan di dalam Lean Healthcare? Tekan disini untuk tahu dengan lebih lanjut
SOROTAN 2025
3 Anggota dari Jabatan Kesihatan Negeri Perak telah berjaya mendapatkan Sijil Kompetensi Yellow Belt bagi Lean Healthcare di NIH pada bulan April 2025
Dr. Tirumal Subramaniam
Pakar Perubatan Kecemasan, Hospital Batu Gajah
Dr. Nurasidah binti Robakin
Pegawai Perubatan
Klinik Kesihatan Setiawan
Dr. Khadijah binti Nasarddin
Pegawai Perubatan Pergigian
Klinik Pergigian Chemor
Tahniah diucapkan!
Bahagian Kesihatan Awam telah memilih Klinik Kesihatan Kampung Gajah telah terpilih untuk menjalankan projek lean.
Justeru satu bengkel Lean Healthcare Awareness Advance telah dijalakan pada 27 & 28 Mei 2025 di Bilik Mesyuarat.
Susulan dari bengkel tersebut, beberapa siri lawatan Gemba telah dijalankan di Klinik Kesihtan Kampung Gajah,
Beberapa ahli Lean Flying Squad JKN Perak telah aktif menyertai Konvensyen Kualiti Peringkat Negeri Perak 8-9 Julai 2025 yang lepas.
Sebagai Juri
Pn. Nur Hidayati binti Abd Halim
Pegawai Farmasi KK Simee
Sebagai Peserta
Dr. Nurasidah binti Robakin
Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Setiawan
(Pembentang Terbaik)
Pn. Nur Akhmam binti Abdullah
Pegawai Farmasi Hospital Sungai Siput
(Juara)
A Lean Initiative in Reducing Lead Time Among Suspected Dengue Patient in Fever Klinik
Dr. Nurasidah binti Robakin dan Pasukan dari KK Setiawan
To Improve the Waiting Time of Composite Restoration Among Outpatients in KP Chemor
Dr. Khadijah binti Nasarddin dan Pasukan dan KP Chemor
JKN Perak telah menghantar wakil dari semua bahagian bagi menghadiri persidangan 2 hari ini.
JKN perak turut berbangga kerana 2 anggota kesihatan di JKN Perak telah terpilih untuk menjadi juri di persidangan yang berprestij ini iaitu:
Dr. James Chng Xiao Yuan
Pegawai Perubatan, Hospital Taiping
Pn. Nur Hidayati binti Abd Halim
Pegawai Farmasi, KK Simee
Aktiviti Lean Healthcare di Jabatan Kesihatan Negeri Perak
Pada 23 Jun 2024, mesyuarat pembentukan Lean Flying Squad Jabatan Kesihatan Negeri Perak telah dijalankan di Bilik Mesyuarat Nilam Jabatan Kesihatan Negeri Perak. Dengan dipengerusikan oleh Dr. Chung Wai Mun, Pakar Perubatan Kecemasan Hospital Taiping,
mesyuarat ini telah membincangkan perkara- perkara seperti term of reference Lean Flying Squad juga isu dan cabaran pelaksanaan Lean Healthcare di Negeri Perak. Terdapat juga pembentangan projek-projek Lean Healthcare oleh Bahagian Perubatan dan Farmasi. Semoga dengan tertubuhnya Lean Flying Squad secara rasmi, pelaksanaan Lean Healthcare akan lebih meluas dan budaya Lean Healthcare akan dapat diterapkan di semua PTJ.
Bengkel MyLean Awareness Enhance
Alhamdulillah pada tanggal 13 - 14 Ogos 2024 yang lepas, satu bengkel lean berjudul MyLean Awareness Enhance telahpun di anjurkan oleh NIH bersama UniKL. Bengkel yang diadakan selama 2 hari di NIH ini telah dihadiri oleh 2 peserta dari Negeri Perak iaitu Dr. Nurasidah Robakin dari KK Setiawan (mewakili bahagian Kesihatan Awam) dan juga Dr. Khadijah Nasarddin dari KK Chemor (mewakili Bahagian Pergigian).
Bengkel ini dijalankan bertujuan untuk memantapkan lagi penubuhan pasukan Lean Flying Squad di setiap negeri yang terdiri daripada Champion dari setiap bahagian. Syabas diucapkan kepada para peserta yang telah berjaya menamatkan kursus ini dengan jayanya.
Kursus Lean Healthcare Promotion Bahagian Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Negeri Perak
Pada tanggal 22 Ogos 2024, Bahagian Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Negeri Perak, buat pertama kalinya telah menganjurkan kursus lean healthcare promotion secara atas talian.
Kursus ini dibahagikan kepada 3 bahagian yang dipecahkan mengikut zon di Negeri Perak. Manakala di setiap bahagian tersebut pula, kursus yang sama akan dijalankan sebanyak 2 siri. Tujuan bahagian dan siri ini diwujudkan adalah untuk memastikan semua warga kerja di bahagian Kesihatan Awam mendapat peluang untuk bersama-sama mendengar dan memahami apa itu Lean.
Kursus ini telah disampaikan oleh Dr. Chung Wai Mun, Pakar Perubatan Kecemasan Hospital Taiping, selaku pengerusi Lean Flying Squad Negeri Perak dan mendapat sambutan yang menggalakkan.
Tahniah diucapkan kepada Bahagian Kesihatan Awam, JKN Perak.
Lean Awareness Bahagian Pergigian
Pada tahun ini, Lean Healthcare di Negeri Perak terus melebarkan sayapnya ke Bahagian Pergigian. Pada 24 September 2024, Satu kursus Lean Awareness telah dijalankan secara atas talian bagi Bahagian Pergigian di Jabatan Kesihatan Negeri Perak.
Kursus ini telah disampaikan oleh Dr. James, Ketua Unit Kualiti Hospital Taiping yang juga merupakan Lean Champion di Negeri Perak yang sangat berpengalaman.
Semoga Lean akan terus berkembang di Bahagian Pergigian Jabatan Kesihatan Perak.
Syabas Klinik Kesihatan Sitiawan!
Pada 2 - 3 October 2024, KK Sitiawan telah mewakili negeri Perak bagi membentangkan projek lean di dalam Bengkel Lean Klinik Kesihatan Siri 3 yang dianjurkan oleh National Institute of Health (NIH).
Sebanyak 20 kumpulan dari Klinik Kesihatan yang mewakili negeri- negeri di seluruh Malaysia.
Selepas sesi pembentangan dan penilaian, projek Lean KK Sitiawan yang bertajuk "To reduce lead time among suspected dengue patient in fever clinic, Klinik Kesihatan Sitiawan " telah terpilih antara 5 projek contoh dan dicadangkan untuk dipertandingkan di Konvensyen Lean pada tahun 2025 jika berpeluang. Syabas diucapkan!
Diharap dengan kejayaan ini, projek lean tersebut dapat dijadikan sebagai projek perintis yang dapat dikembangkan ke Klinik Kesihatan yang lain. Sekali lagi, sekalung tahniah diucapkan!
Ahli kumpulan Lean Klinik Kesihatan Sitiawan:
Dr Nurasidah Bt Robakin (ketua)
Dr Nai'mah binti Ahmad Haripin
KJK Jemelah Che Din
PPK Zulinda Muhammad Shamsuddin
Lawatan Penyeliaan Bed Waiting Time di Hospital Raja Permaisuri Bainun
KPI Bed Waiting Time < 240 minit (KPI Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Perubatan) merupakan salah satu KPI yang tidak pernah berjaya di capai oleh HRPB. Perubahan spesifikasi di dalam kamus KPI 2024, sedikit sebanyak menyebabkan KPI ini semakin jauh untuk digapai.
Sehubungan dengan itu, Unit Kualiti Perubatan, dengan kerjasama Bahagian Perkembangan Perubatan JKN Perak telah menjemput Lean Flying Squad Negeri Perak untuk menjalankan sesi "Gemba" di HRPB pada 30 September 2024.
Sesi "Gemba" telah dijalankan di Jabatan Kecemasan, Wad Perubatan dan Pembedahan dan juga Bed Management Unit.
Segala penemuan telah disampaikan dan dibincangkan didalam sesi "brainstorming" pada sesi petang yang turut sama disertai oleh Pengarah HRPB Dr. Hj. Saiful Azlan bin Hj. Sharif dan wakil-wakil dari Jabatan Perubatan, Jabatan Kecemasan dan Jabatan Pembedahan. Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengarah dan wakil-wakil jabatan diatas komitmen yang ditunjukkan.
Semoga dengan adanya lawatan penyeliaan ini, ia dapat membuka mata semua pihak dalam memperbaiki lagi mutu perkhidmatan.
Bengkel Lean Healthcare Awareness Advance Bahagian Perubatan, JKN Perak
Satu Bengkel Lean Healthcare Awareness Advance peringkat negeri Perak telah dijalankan pada 14 -15 Oktober 2024, bertempat di Pusat Latihan Hospital Batu Gajah. Seramai 44 peserta yang terdiri daripada pakar perubatan, pegawai perubatan dan juga paramedik hospital-hospital di Negeri Perak telah menyertai bengkel ini. Para peserta telah didedahkan dan dibimbing berkenaan tatacara menjalankan projek berkaitan lean. Semasa sesi pembentangan terdapat beberapa projek yang dilihat berpotensi untuk diteruskan, antaranya:
i. To Improve Total Length of Stay in Opthal Clinic (HSM) For Diabetic Retinopathy Follow Up. Diketuai oleh Dr. Vishel A/L Soundaarajan (Pakar Oftalmologi Hospital Seri Manjung)
ii. To Improve the Process of Medication Supply for Ward Stock in Hospital Batu Gajah. Diketuai oleh Pn. Chin Pooi Kuan (Pegawai Farmasi Hospital Batu Gajah)
iii. Penambahbaikan Proses Kemasukan Pesakit Ke Dalam Wad Dalam Tempoh 4 Jam. Diketuai oleh BMU Hospital Raja Permaisuri Bainun
iv. Improving ED Lodging Time for Critically Ill Patient Transferred from Periphery Hospital in Kluster Perak Utara.
Diwakili oleh:
Dr. Muhammad Shazni Mazlan (Hospital Selama)
Dr. Muhammad Hafizuddin (Hospital Kuala Kangsar)
Dr. Rubendiran Parthiban (Hospital Parit Buntar)
Dr. Sivalingam Vasanda Kummar (Hospital Parit Buntar)
v. Improving Transfer Period of Trauma Cases for CT Brain From Non Lead Hospital To Lead Hospital.
Diwakili oleh:
Dr. Fatin Nadiah Ahmad Yazid (Hospital Changkat Melintang)
Dr. Then Thamarai Gandhy (Hospital Kampar)
Diharap agar Pengarah – pengarah Hospital dapat memberikan galakkan dan membantu pegawai-pegawai terbabit sekiranya projek-projek ini ingin diteruskan di Hospital dan Kluster masing-masing.