Pengenalan
Program Hospital Mesra Ibadah (HMI) adalah aspirasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam memastikan keperluan penjagaan spiritual pesakit dikenalpasti dan dipenuhi oleh penyedia perkhidmatan kesihatan (healthcare provider).
Pada Mac 2014, Program Hospital Mesra Ibadah (HMI) Hospital Banting telah dilaksanakan yang merangkumi pengurusan ibadah pesakit, penghayatan nilai-nilai Islam dalam melaksanakan tugas harian dan khidmat nasihat kerohanian. Program ini dikhususkan kepada kakitangan hospital, keluarga kakitangan, pesakit dan waris pesakit yang beragama Islam.
Visi dan Misi
Visi: Menjadikan esok lebih baik dari hari ini.
Misi: Berusaha mengintegrasikan rawatan fizikal, psikososial, mental dan rohani.
Objektif Hospital Mesra Ibadah (HMI)
Memastikan pesakit muslim dan waris menerima bimbingan yang betul dalam melaksanakan ibadah serta amalan keagamaan; dan
Memastikan kakitangan hospital mendapat latihan dan pendedahan asas mengenai fiqh ibadah serta nilai-nilai Islam dalam menjalankan tugas.
Piagam Pelanggan
Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbang rasa, hormat, bersopan santun, jujur dan ikhlas.
Setiap pelanggan akan diberi penerangan mengenai perkhidmatan yang diberikan kepadanya.
Setiap pelanggan diberi jaminan bahawa kerahsiaan maklumat peribadi akan dipelihara.
Pelanggan akan diberikan Perkhidmatan Hal Ehwal Islam yang bermutu bersepadu dan profesional mengikut keutamaan dan keperluan semasa.
Pelanggan akan disediakan pelbagai program pembangunan insan dari segi rohani dan jasmani dengan kaedah yang menarik dan mudah difahami.
Pelanggan akan diberikan latihan secara berhikmah, terancang dan berkualiti (teori atau praktikal) merangkumi bidang aqidah, ibadah, akhlak dan sosio budaya dengan berlandaskan syariat Islam.
Kemudahan dan persekitaran yang bersih, selesa dan selamat disediakan.