Pengurusan Klinikal
Pengurusan Klinikal
Skop Perkhidmatan
Unit Kualiti menyediakan perkhidmatan seperti:
Mengawasi perlaksanaan dan memantau semua aktiviti peningkatan kualiti seperti yang ditetapkan oleh KKM.
Mengenalpasti dan menganalisa pencapaian semua aktiviti peningkatan kualiti melalui laporan “shortfall in quality” dan tindakan penambahbaikan yang telah diambil.
Menjadi sumber rujukan dalam memberi maklumat mengenai aktiviti peningkatan kualiti dalam hospital.
Mengumpul data aktiviti peningkatan kualiti untuk dianalisa dan menyediakan laporan.
Menyebarkan maklumat berkaitan aktiviti peningkatan kualiti.
Merancang dan melatih anggota hospital dalam perlaksanaan aktiviti kualiti.
Mengendalikan dan mengurus urusan serta aktiviti berkaitan pengauditan dan servei yang dijalankan samada dalaman dan luaran.
Membantu penyediaan unit yang terlibat dalam Akreditasi Hospital, Pertandingan Kaunter Cemerlang dan Pertandingan ‘Healthy Setting’ hospital.
Fungsi Unit Kesihatan Awam
Pemantauan notifikasi kes penyakit jangkitan di Hospital Putrajaya.
Pemantauan aktiviti kawalan vektor.
Menjalankan pemeriksaan premis makanan.
Menjalankan aktiviti penguatkuasaan kawasan larangan merokok di hospital.
Pemantauan Air Kawalan Kualiti aktiviti.
Bekerjasama dengan Unit Pendidikan Kesihatan dalam mempromosikan aktiviti Kesihatan
Alam Sekitar dan Kesihatan Awam.
Menyiasat semua kes dan aduan berkaitan dengan Alam Sekitar dan Kesihatan Awam.
Mementau notifikasi penyakit berjangkit berjangkit.