Jabatan Patologi merupakan salah satu jabatan sokongan klinikal yang menawarkan perkhidmatan makmal kepada Hospital Duchess of Kent dan seluruh fasiliti kesihatan awam bagi kluster Sandakan.
Menjadi peneraju dalam penyediaan perkhidmatan perubatan yang berkualiti dan selamat kepada penduduk di Pantai Timur Sabah.
Menyediakan perkhidmatan perubatan yang berkualiti dan selamat melalui integrasi amalan klinikal, latihan, kajian dan inovasi dengan penglibatan masyarakat bagi memenuhi kehendak pelanggan.
Menyediakan perkhidmatan ujian diagnostik, saringan dan pemantauan rawatan serta perkhidmatan runding cara untuk pesakit di HDOK, juga sebagai pusat rujukan kepada hospital dan klinik kesihatan di daerah Sandakan, Kinabatangan dan Beluran.
Mengurus dan menghantar spesimen ke makmal rujukan bagi ujian yang tidak dilaksanakan di Jabatan Patologi HDOK.
Memantau perkhidmatan makmal patologi di hospital kluster melalui lawatan penyeliaan.
Memantauan perkhidmatan ‘Point Of Care Testing’ (POCT) yang dilaksanakan di luar Jabatan Patologi.
Mengurus dan mengendalikan program latihan pelajar dari Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta .
Menganjurkan bengkel, kursus, seminar dan konferens dalam bidang yang berkaitan.
Membuat perancangan untuk polisi, skop perkhidmatan, sumber manusia, peralatan dan kemudahan fasiliti bagi aktiviti di Jabatan Patologi.
Kaunter: 24 Jam
Makmal Patologi Kimia : 24 Jam
Makmal Hematologi: 24 jam
Makmal Lain: Waktu pejabat