TERMA RUJUKAN
TERM OF REFERENCE (TOR)
TERMA RUJUKAN
TERM OF REFERENCE (TOR)
Merangka pelan tindakan, penyelarasan dan menilai keberkesanan serta penambahbaikan berterusan Program TS25.
Memberi sumbangan kepakaran dalam aspek;
Latihan Program TS25; danÂ
Sokongan Profesional.
Mengupaya PPD dalam memberi sokongan profesional, khidmat bimbingan dan runding cara.
Penyelarasan pengoperasian Program TS25 peringkat negeri merangkumi;
Mewujudkan panel pemilihan sekolah yang terdiri daripada JPN dan PPD;
Pengurusan Kewangan;
Latihan Program TS25;
Sokongan Profesional terutama Lawatan Bimbingan;
Penilaian/ Kajian; dan
Pemantauan
Melaporkan kemajuan dan keberkesanan Program TS25 dalam mana-mana mesyuarat pengurusan/ dialog prestasi peringkat negeri.
Merangka pelan tindakan, penyelarasan dan menilai keberkesanan serta penambahbaikan berterusan Program TS25.
Penyelarasan pengoperasian Program TS25 peringkat PPD merangkumi;
mewujudkan panel pemilihan sekolah;
Pengurusan Kewangan;
Sokongan Profesional terutama Lawatan Bimbingan ;
Penilaian/ Kajian; dan
Pemantauan
Mengawal pertukaran PGB di sekolah Program TS25 dengan mencadangkan pertukaran PGB kepada JPN.
Melaporkan kemajuan dan keberkesanan Program TS25 dalam mana-mana mesyuarat pengurusan/ dialog prestasi peringkat daerah.
Membimbing dan memberi sokongan dalam membangunkan pemimpin sekolah (Senior Leader Team-SLT) dalam keseluruhan aspek kepimpinan dan pengurusan organisasi sekolah;
Memberi khidmat nasihat kepada pemimpin sekolah (SLT) mengenai program/ intervensi yang sesuai berkaitan hal ehwal murid untuk dilaksanakan mengikut keperluan;
Menganalisis dan melaporkan pencapaian sekolah dalam memantau kemajuan dan pencapaian murid serta keberkesanan intervensi;
Melaksanakan program bimbingan dan latihan peningkatan profesionalisme keguruan dalam daerah melalui Perkembangan Profesionalisme Berterusan (CPD) dan Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC);
Memberi khidmat nasihat mengenai pelan penggantian dan pembangunan kapasiti; dan
Membimbing perkongsian amalan terbaik mengikut keperluan sekolah.
Membimbing dan membangunkan Middle Leaders (ML) daripada pelbagai aras pencapaian sekolah dalam aspek penyeliaan pengajaran dan pembelajaran;
Menganalisis dan melaporkan pencapaian sekolah dalam memantau kemajuan dan pencapaian murid serta keberkesanan intervensi;
Membimbing dan memberi sokongan kepada guru daripada pelbagai aras pencapaian sekolah dalam aspek kurikulum, pedagogi dan penilaian;
Melaksanakan program bimbingan dan latihan peningkatan profesionalisme keguruan dalam daerah melalui Perkembangan Profesionalisme Berterusan (CPD) dan Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC);
Membimbing perkongsian amalan terbaik mengikut keperluan sekolah; dan
Menggemblengkan ML dan guru-guru yang cemerlang untuk membimbing panitia dalam bidang masing-masing.
PERANAN PENGETUA / GURU BESAR DAN GURU PENOLONG KANAN DALAM BIDANG PENGURUSAN
Memperkasakan pengoperasian sekolah Program TS25 berpandukan SKPMg2/ SKPM Kualiti@Sekolah.
PGB berfungsi sebagai pegawai meja.
Mengadakan perbincangan berkaitan Program TS25 dalam mana-mana mesyuarat/ dialog prestasi mengikut keperluan.
Melaksana Latihan / Penataran Modul Program TS25 yang diterima daripada peringkat sekolah dalam bentuk CPD dan PLC.
Merancang dan melaksana Pelan Intervensi Transformasi Sekolah (PInTaS)
Melaksana sokongan professional untuk Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
Membantu, menyokong dan memperkasa setiap murid melepasi tahap minimum dalam Pentaksiran Pusat (PP) dan PBD.
Membudayakan penggunaan kaedah dan tools Program TS25.
Menjalin dan mengeratkan hubungan 2 hala sekolah dengan pihak berkepentingan.
Menyedia dan melaporkan kemajuan dan keberkesanan Program TS25.
PERANAN PASUKAN PEMIMPIN SEKOLAH - SLT
Memantapkan pengoperasian sekolah Program TS25 berpandukan SKPMg2.
PGB menerajui pembinaan Perancangan Strategik Sekolah, PInTaS dan OPPM.
PGB menerajui penetapan matlamat dan hala tuju sekolah mengikut struktur Program TS25.
PGB mengenal pasti bentuk sokongan professional kepada SLT.
Melaksana sokongan profesional (Kepimpinan dan Pedagogi) dan pemantauan perkembangan prestasi guru dan staf.
Melaksana sokongan professional untuk meningkatkan kualiti guru (MLT) dalam kurikulum, kokurikulum dan HEM secara berterusan.
Mengenal pasti dan melaksanakan sokongan profesional kepada semua staf sokongan dalam pengurusan pejabat.
Melaksanakan penyebaran Program TS25 dalam kalangan warga sekolah, PIBG, Rakan Strategik dan Komuniti.
Mengenal pasti dan melaksana Program Pembelajaran Bernilai / Amalan Terbaik dan dasar / budaya sekolah.
Mengurus dan memantau peruntukan sumber mengikut tatacara kewangan.
Menjadi pakar rujuk dan memberi galakan kepada pemimpin pertengahan.
Mewujudkan persekitaran pembelajaran bermakna dan kondusif.
Mendokumentasikan program / aktiviti yang telah dilaksanakan.
PERANAN PASUKAN PEMIMPIN PERTENGAHAN - MLT
Merancang dan melaksana pengoperasian sekolah Program TS25 berpandukan SKPMg2.
Mengenal pasti isu / masalah / keperluan sekolah setiap bidang keberhasilan Program TS25.
Menetapkan hala tuju / target yang jelas mengikut bidang bersama SLT.
Memahami , mengetahui dan menerima hala tuju / target dan isu sekolah Program TS25.
Melaksana sokongan professional kepada semua guru dalam kurikulum, kokurikulum dan HEM secara berterusan.
Merancang dan melaksana sokongan professional untuk PBS.
Merancang dan melaksana program intervensi kepada murid bagi melepasi tahap minimum dalam PP dan PBD.
Melaksanakan penyebaran Program TS25 dalam kalangan warga sekolah, PIBG, Rakan Strategik dan Komuniti.
Merangka dan melaksana Program Pembelajaran Bernilai / Amalan Terbaik dan dasar / budaya sekolah.
Merancang dan mengurus pembelian sumber mengikut tatacara kewangan.
Menjadi tempat rujukan, agen perubahan dan perantara SLT dengan guru-guru.
Mengenal pasti dan merancang program mengikut rangka kerja yang ditentukan oleh sekolah.
Mewujudkan suasana persekitaran pembelajaran bermakna dan kondusif.
Membudayakan penggunaan kaedah dan tools Program TS25 dalam kalangan guru.
Menilai, merekod dan melaporkan pencapaian setiap program / aktiviti.