Anjakan 9 Â : Bekerjasama dengan ibu bapa , komuniti dan sektor swasta secara meluas
Anjakan 10 : Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit
Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti. Mesyuarat Majlis Ekonomi Bil. 2/2015 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri pada 19 Januari 2015, telah meluluskan cadangan pelaksanaan TS25 KPM. Melalui TS25 adalah diharapkan sekolah yang terlibat berupaya mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025 Program TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan, disokong kepimpinan yang berkualiti dan berwawasan, guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi dan komitmen komuniti yang padu.
Mengaplikasi konsep dan amalan PdP terbaik;
Membangunkan kepakaran dalaman melalui latinan yang komprehensif dan berstruktur kepada pembimbing pedagogi serta pembimbing kepimpinan; dan
Membangunkan persekitaran pembelajaran yang berkesan dengan mengutamakan kemenjadian murid.
Memantapkan KEPIMPINAN SEKOLAH;
Memaksimumkan POTENSI GURU & MURID menerusi peningkatan kualiti PdP; dan
Mengukuhkan PELIBATAN IBU BAPA, KOMUNITI & PIHAK YANG BERKEPENTINGAN dem kaayaan murid.
Tahun 2015 sehingga Tahun 2025
Pengetua dan Guru Besar (PGB), Guru Penolong Kanan (GPK), Guru dan PIBG/ Komuniti.