DEFINISI PERALATAN PENDIDIKAN LUAR
Segala jenis peralatan yang digunakan bagi aktiviti Pendidikan Luar tidak kira aktiviti aras rendah, aras tinggi, air dan darat semuanya mempunyai risiko yang tersendiri. Setiap peralatan dan kelengkapan aktiviti perlu diselenggarakan dan disimpan dengan baik bagi memastikan keselamatan penggunaan terhadap sesuatu peralatan
MENGAPA PERLUNYA PROSEDUR PERALATAN
Prosedur peralatan berfungsi sebagai semakan dan rujukan bagi memastikan supaya semua kelengkapan dan peralatan sentiasa berada dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan
PENGKELASAN JENIS PERALATAN
Peralatan Berisiko Tinggi
Peralatan yang dapat membahayakan keselamatan peserta dan jurulatih jika tidak digunakan dengan betul atau jika mengalami kerosakan yang gagal dikenalpasti sebelum aktiviti berlangsung
Contoh peralatan berisiko tinggi ialah tali Kernmantle, Harness, Carabiner, Personal Flotation Device (PFD) dan kompas
Peralatan Berisiko Rendah
Peralatan yang tidak memiliki potensi mendatangkan bahaya yang serius kepada jurulatih dan peserta sepanjang beraktiviti
Contoh peralatan berisiko rendah adalah peralatan memasak, beg galas, khemah, hammock dan pakaian
Peralatan Keselamatan dan Bantuan Kecemasan
Peralatan yang digunakan untuk menjaga keselamatan dan bantuan kecemasan kepada jurulatih dan peserta sepanjang beraktiviti untuk melindungi mereka dari bahaya atau kecederaan yang lebih serius
Contoh peralatan keselamatan seperti sarung tangan, helmet, kasut, wisel dan alat perhubungan (walkie talkie)
Contoh peralatan bantuan kecemasan ialah peti pertolongan cemas, pengusung dan alat perhubungan (telefon)
Perkakasan Hardware
Peralatan yang digunakan bagi memudahkan persiapan atau perjalanan aktiviti serta menyelenggara peralatan
Contoh perkakasan hardware ialah tukul, pemutar skru, sepana dan lampu suluh
4. PENYIMPANAN DAN PENJAGAAN
Mempunyai tempat atau stor penyimpanan yang sesuai dan selamat
Penyimpanan peralatan adalah berdasarkan kepada kesesuaian, dikelaskan, disusun dan diperagakan dengan sesuai
Tempat penyimpanan haruslah mempunyai pengudaraan yang baik (tidak lembab) dan terhindar daripada cuaca panas secara terus (sinaran UV)
Semua notis teknikal alatan perlu disimpan bagi rujukan pada masa hadapan
Semua peralatan yang telah digunakan perlu dicuci atau dibilas dengan menggunakan air bagi menjaga kebersihan dan jangka hayat peralatan
Pengeringan dilakukan di kawasan yang terlindung daripada sinaran cahaya matahari secara langsung
Pengasingan peralatan yang telah tamat tempoh perlu dilakukan bagi mengelakkan dari penggunaan sebelum proses pelupusan dilakukan
Pemeriksaan berkala dilakukan sekurang-kurangnya dua kali setahun
5. PROSEDUR KESELAMATAN PENGGUNAAN PERALATAN
Tiga fasa yang terlibat di dalam penggunaan peralatan aktiviti ialah :-
5.1 Sebelum - Pengambilan Peralatan
Mengemukakan permohonan peminjaman / penggunaan peralatan kepada pegawai logistik (rujuk lampiran proses peminjaman dan pemulangan peralatan)
Merekodkan pengeluaran peralatan bagi sesuatu program dengan mengisi Borang Peminjaman Peralatan (rujuk lampiran)
Jurulatih yang mengambil peralatan dari pegawai logistik perlu melakukan pemeriksaan silang bagi memastikan semua peralatan mencukupi, berfungsi dengan baik serta mematuhi piawaian keselamatan peralatan
5.2 Semasa - Penggunaan Peralatan
Jurulatih perlu memastikan peralatan aktiviti diletakkan di tempat yang bersih, tidak terdedah kepada kelembapan, cahaya matahari secara langsung serta dilapik bagi mengelakkan peralatan daripada dicemari habuk dan pasir
Jurulatih menunjuk cara pelaksanaan aktiviti dengan menerangkan fungsi serta langkah-langkah menggunakan peralatan secara betul dan selamat
Penggunaan alatan adalah secara penggiliran secara sama rata bukan hanya berfokus kepada beberapa alatan sahaja
Penggunaan peralatan tali temali perlu direkodkan mengikut jumlah dan kekerapan peserta menjalankan aktiviti (rujuk Borang Perekodan Peserta bagi Penggunaan Peralatan Tali Temali)
5.3 Selepas - Penyimpanan Peralatan
Jurulatih perlu memeriksa (sentuhan dan visual) peralatan yang telah digunakan dan asingkan peralatan yang kelihatan rosak
Jurulatih memulangkan peralatan yang telah digunakan kepada Pegawai Logistik dan menandatangani Borang Peminjaman Peralatan
Pegawai Logistik merekod penggunaan dan pemulangan peralatan (rujuk Borang Peminjaman dan Pemulangan Peralatan)
Pegawai Logistik membuat pengesahan kerosakan peralatan (rujuk Borang Pemeriksaan Peralatan) serta mengasing atau melupuskan barang yang telah dikenalpasti rosak
Pegawai Logistik membersih dan menyusun kembali peralatan ke tempat yang asal
CARTA ALIR PROSEDUR KESELAMATAN PENGGUNAAN PERALATAN
SENARAI SEMAK PROSEDUR KESELAMATAN PENGGUNAAN PERALATAN
BIL
AKTIVITI
TINDAKAN
CATATAN
SEBELUM
1
Memperolehi Punca Kuasa
Pentadbir Pusat Tanggungjawab
(PPT)
2
Merancang dan mengenal pasti keperluan peralatan bagi aktiviti
Pegawai Yang Dipertangungjawab
(PYD)
- Carta alir Proses Peminjaman dan Pemulangan peralatan
3
Membuat permohonan peminjaman alatan
PYD
- Borang Peminjaman Dan Pemulangan Peralatan
4
Mengambil alatan di stor alatan
PYD
Pegawai Logistik
- Semakan semula bersama alatan yang akan diambil sebelum menandatangani Borang Peminjaman dan Pemulangan Peralatan
- Semakan semula permohonan jika terdapat alatan yang hendak dipinjam tidak memenuhi spesifikasi
SEMASA
5
Peralatan diletakkan di tempat yang bersesuaian
Jurulatih
tidak terdedah kepada kelembapan, cahaya matahari secara langsung serta dilapik bagi mengelakkan peralatan dicemari habuk dan pasir
6
Menunjuk cara kepada peserta
Jurulatih
- Cara menggunakan peralatan secara betul dan selamat kepada peserta
7
Memastikan penggunaan alatan secara penggiliran yang sekata
Jurulatih
- Penggunaan alatan yang dikeluarkan digunakan sepenuhnya
8
Merekodkan penggunaan peralatan mengikut jumlah peserta yang menggunakan bagi setiap kali melakukan aktiviti
Jurulatih
- Borang Perekodan Peserta bagi Penggunaan Peralatan Tali Temali
SELEPAS
9
Menghantar semula peralatan yang telah digunakan kepada Pegawai Logistik
PYD
Pegawai Logistik
- Borang Peminjaman Dan Pemulangan Peralatan
10
Semakan semula barang yang dihantar dan mengasingkan jik aterdapat kerosakan
Pegawai Logistik
- Borang Peminjaman Dan Pemulangan Peralatan
11
Menyusun kembali peralatan ke tempat asal
Pegawai Logistik
6. PENYELENGGARAAN PERALATAN
Peralatan haruslah diperiksa dan diselenggara selepas sesuatu aktiviti dilaksanakan
Penyelenggaraan alatan juga dilaksanakan secara berkala bagi memastikan setiap peralatan berada dalam keadaan yang baik dan selamat untuk digunakan
Setiap peralatan haruslah diselenggara mengikut kepada tatacara yang telah dikeluarkan atau disarankan oleh pihak pengeluar
Harus dipastikan agar bahan dan alatan yang digunakan bagi proses menyelenggara adalah seperti yang disarankan oleh pihak pengeluar agar menjamin fungsi peralatan secara optimum dan selamat
7. PROSES PEMBELIAN PERALATAN
Pegawai melaporkan keperluan perolehan peralatan di dalam mesyuarat
Ahli mesyuarat memastikan serta memutuskan jenis alatan yang hendak dibeli mengikut kesesuaian dan keperluan negeri masing-masing
Peralatan yang hendak dibeli haruslah memenuhi spesifikasi serta standard keselamatan dari badan-badan yang ditauliahkan seperti Union Internationale des Associations d'Alpinisme (UIAA), Conformité Européenne (CE) atau European Norm (EN)
Pegawai membuat kajian pasaran mengikut senarai peralatan yang diperlukan
Proses pelawaan peralatan dengan menyatakan spesifikasi setiap peralatan dan kuantiti yang diperlukan kepada syarikat yang mempunyai kepakaran dan sijil piawaian keselamatan melalui e-perolehan (merujuk atau bergantung kepada pusat bertanggungjawab / tatacara kewangan di Jabatan Pendidikan Negeri atau Pusat Kokurikulum Negeri masing-masing)
Proses pengesahan tawaran perolehan
Proses penerimaan peralatan sebelum atau pada tarikh yang ditetapkan
Pegawai penerima membuat semakan spesifikasi peralatan dan kuantiti adalah sama dengan pelawaan atau kehendak yang telah ditetapkan
Pegawai aset membuat pengesahan penerimaan perolehan peralatan dan melakukan pendaftaran aset atau stok selewat-lewatnya 14 hari daripada tarikh terima
8. KESELAMATAN PERALATAN
Merekodkan semua alatan yang dikeluarkan dari penyimpanan
Pemeriksaan peralatan secara berkala perlu dilakukan untuk menjaga fungsi peralatan secara optimum
Mengembalikan laporan penggunaan, kerosakan, kehilangan atau perlu diperbaiki
Hanya pegawai / penjaga stor sahaja yang dibenarkan masuk untuk mengambil dan menyimpan peralatan
Mengawasi dengan rapi penggunaan peralatan yang berisiko tinggi
Keselamatan tempat penyimpan perlu diutamakan contohnya stor dilengkapi alat pemadam kebakaran dan sentiasa dikunci
Peralatan perlu dicuci mengikut tatacara yang ditetapkan pengeluar bagi menjaga ketahanan peralatan tersebut
Identifikasi aset atau label pada alatan perlu dilakukan, tanpa menggunakan bahan-bahan kimia atau bahan penghakis
9. PELUPUSAN PERALATAN (ASET ALIH KERAJAAN)
Merupakan proses yang terakhir dalam pengklasifikasian peralatan
Tertakluk kepada arahan tatacara pengurusan aset hapus kira atau pelupusan aset alih kerajaan dan tatacara kewangan yang telah ditetapkan
Pegawai Logistik melakukan pemeriksaan awal terhadap peralatan yang mempunyai rekod penggunaan yang telah lama, mengenalpasti peralatan yang rosak dan hendak dilupuskan (KEW PA-19)
Penilaian terhadap kerosakan peralatan perlu dilakukan oleh pegawai yang berkelayakan atau yang bertauliah
Melantik dua orang pegawai Pemeriksaan Pelupusan yang mempunyai Surat Pelantikan untuk membuat pelupusan (KEW PA-20)
Pegawai Pemeriksaan Pelupusan perlu menyediakan laporan pelupusan untuk tindakan pelupusan (KEW PA-21)
Setelah laporan diperolehi, peralatan yang rosak akan dilupuskan mengikut tatacara dan jenis peralatan tersebut
Pegawai Pelupus perlu menyediakan laporan pelupusan yang telah dilakukan (laporan beserta gambar sebagai bukti pelupusan) (KEW PA-22, KEW PA-23)
Sebagai contoh sekiranya harness didapati rosak, cara melupuskannya adalah dengan memotong mana-mana bahagian utama harness (melupuskan fungsi alatan tersebut)
Pelupusan juga dilaksanakan kepada alatan yang telah melebihi jangka hayat (10 tahun), alatan yang mengalami kejatuhan jelas dan gagal dalam pemeriksaan keselamatan serta usang
Rujuk kepada bahagian pengurusan aset
CARTA ALIR PELUPUSAN PERALATAN (ASET ALIH KERAJAAN)
SENARAI SEMAK PELUPUSAN / ASET ALIH KERAJAAN
BIL
AKTIVITI
TINDAKAN
CATATAN
SEBELUM
1
Memperolehi Punca Kuasa
Pentadbir Pusat Tanggungjawab
(PPT)
2
Pegawai Logistik melakukan pemeriksaan awal terhadap peralatan
PYD
Tertakluk kepada arahan tatacara pengurusan aset hapus kira atau pelupusan asset alih kerajaan dan tatacara kewangan yang telah ditetapkan
KEW PA-19
3
Penilaian terhadap kerosakan peralatan perlu dilakukan oleh pegawai yang berkelayakan atau yang bertauliah
PYD
Borang Pemeriksaan Peralatan
4
Melantik dua orang pegawai Pemeriksaan Pelupusan yang mempunyai Surat Pelantikan untuk membuat pelupusan
PYD
Pegawai Pemeriksa Pelupus
- KEW PA-20
5
Pegawai Pemeriksaan Pelupusan menyediakan laporan pelupusan untuk tindakan pelupusan
PYD
Pegawai Pemeriksa Pelupus
- KEW PA-21
6
Melakukan pelupusan
PYD
Pegawai Pelupus
Dilupuskan mengikut tatacara dan jenis peralatan tersebut
7
Menyediakan laporan pelupusan
PYD
Pegawai Pelupus
Laporan beserta gambar sebagai bukti pelupusan
KEW PA-22
KEW PA-23
8
Kemaskini rekod aset
PYD
10. BORANG PERALATAN
CARTA ALIR PROSES PEMINJAMAN DAN PEMULANGAN
ASET ALIH KERAJAAN PUSAT KOKURIKULUM
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI
REKOD PEMINJAMAN PERALATAN AKTIVITI
NAMA PEMINJAM
TARIKH PINJAMAN
JENIS AKTIVITI
TARIKH PROGRAM
BIL NAMA PERALATAN KUANTITI DIPINJAM KUANTITI DIPULANG KUANTITI ROSAK / HILANG CATATAN
PENGAKUAN: Adalah saya dengan ini mengaku telah memeriksa dan menerima peralatan ini dalam keadaan yang baik, sempurna bentuk fizikalnya serta boleh beroperasi dengan sempurna. Saya akan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas peralatan ini sepanjang ia berada di dalam simpanan saya.
DIPINJAM OLEH :
DISAHKAN OLEH :
TANDATANGAN
TANDATANGAN
NAMA
NAMA
TARIKH
TARIKH
ULASAN
ULASAN
DIPULANG OLEH :
DISAHKAN OLEH :
TANDATANGAN
TANDATANGAN
NAMA
NAMA
TARIKH
TARIKH
ULASAN
ULASAN
REKOD INVENTORI PERALATAN AKTIVITI AIR
NAMA PEMERIKSA
TARIKH
NAMA PENJAGA STOR
LOKASI PENYIMPANAN
BIL
NAMA PERALATAN
SOC (UOM)
JENAMA
MODEL
KUANTITI ALATAN
KUANTITI ELOK
KUANTITI ROSAK
CATATAN
DISEDIAKAN OLEH :
DISAHKAN OLEH :
NAMA
NAMA
TARIKH
TARIKH
ULASAN
ULASAN
REKOD INVENTORI PERALATAN ARAS TINGGI
NAMA PEMERIKSA
TARIKH
NAMA PENJAGA STOR
LOKASI PENYIMPANAN
BIL
NAMA PERALATAN
SOC (UOM)
JENAMA
MODEL
KUANTITI ALATAN
KUANTITI ELOK
KUANTITI ROSAK
CATATAN
1
Tali Statik
2
Tali Dinamik
3
Sling
4
Climbing Helmet
5
Alloy Carabiner
6
Steel Carabiner
7
Full Body Harness
8
Half Body Harness
9
Belaying Device
10
Ascending Device
11
Figure of Eight
12
Double Pulley
13
Single Pulley
14
Rescue Pulley
15
Rappel Glove
16
Chain Block
DISEDIAKAN OLEH :
DISAHKAN OLEH :
NAMA
NAMA
TARIKH
TARIKH
ULASAN
ULASAN
REKOD PEMERIKSAAN PERALATAN AKTIVITI
NAMA PEMERIKSA
TARIKH
NAMA PENJAGA STOR
LOKASI PENYIMPANAN
BIL
NAMA PERALATAN
SOC (UOM)
JENAMA
MODEL
KUANTITI PEGANGAN
KUANTITI ELOK
KUANTITI ROSAK
CATATAN
DISEDIAKAN OLEH :
DISAHKAN OLEH :
NAMA
NAMA
TARIKH
TARIKH
ULASAN
ULASAN
BORANG PEREKODAN MAKLUMAT PENGGUNAAN PERALATAN
BAGI AKTIVITI TALI TEMALI
NAMA PROGRAM
:
NAMA SEKOLAH
:
NAMA GURU PENYELARAS
:
NAMA KETUA JURULATIH
:
JUMLAH JURULATIH
:
TARIKH AKTIVITI
:
MASA
:
JENIS AKTIVITI TALI (bulatkan)
: Abseiling / Wall Climbing / Zipline /
High Rope Challenge Course / Low Rope Element
NO.
NAMA PESERTA
TAHUN / TINGKATAN
BERAT (KG)
CATATAN
BORANG PEMERIKSAAN PERALATAN ROSAK
NAMA ALATAN :
NAMA PENGELUAR :
ALAMAT :
NOMBOR SIRI :
MODEL :
TAHUN :
TAHUN PEMBELIAN :
TARIKH PENGGUNAAN KALI PERTAMA :
SEJARAH PENGGUNAAN :
JENIS-JENIS KEROSAKAN YANG TELAH DIKENAL PASTI (KEROSAKAN UTAMA) :
JENIS-JENIS KEROSAKAN LAIN YANG DIKENALPASTI (KEROSAKAN KECIL) :
ULASAN PEMERIKSA :
PEMERIKSA :
COP & T.T
PEMERIKSA :
TARIKH :
TARIKH PEMERIKSAAN SETERUSNYA :