PELAN TINDAKAN KECEMASAN PUSAT KOKURIKULUM
DEFINISI TINDAKAN KECEMASAN
Tujuan Pelan Bertindak Kecemasan ini dibangunkan adalah sebagai langkah persediaan sekiranya berlaku situasi kecemasan atau kemalangan di lokasi program pendidikan luar. Pelan ini harus dijadikan panduan kepada semua jurulatih, fasilitator dan peserta yang terlibat dalam program pendidikan luar.
OBJEKTIF
Untuk menyelamatkan nyawa
Memberi keutamaan menyelamat dan pertolongan cemas
Menyelamatkan masyarakat dan alam sekitar
Mengawal, mengurangkan atau menghentikan punca kemalangan.
Mengenalpasti jenis dan tahap kecederaan
Meneruskan operasi dan pulih dengan cepat.
Mengetahui aliran pelan bertindak kecemasan
Mengetahui proses bertindak kecemasan
Mengenalpasti perawat kecemasan yang bertauliah
PENENTUAN TAHAP KECEMASAN
Tahap 1: Dalam kawalan organisasi
Kecederaan kecil yang boleh dikendalikan oleh pengurusan program. Seperti luka kecil , demam . Tindakan di lakukan oleh Pasukan Tindakan Kecemasan [Emergency Response Team] program.
Tahap 2: Melibatkan bantuan pihak luar.
Kecederaan sederhana dan teruk yang perlu dikendalikan oleh pengurusan program sementara menunggu bantuan pihak luar .(Bomba, APM, Ambulan Dan Lain-lain)
Tahap 3: Bencana peringkat Negara.
Kejadian skala besar seperti bencana alam, wabak penyakit , rusuhan, yang menyebabkan isu dan kemalangan luar jangka. Program di hentikan serta merta melalui keputusan PYD (Komandan Kem).- mengikut arahan pihak berkuasa semasa (pekeliling ).
PROSEDUR TINDAKAN KECEMASAN
Bagi menangani situasi-situasi kecemasan semasa program pendidikan luar,
Prosedur umum 1 hingga 4 berikut perlulah dilaksanakan sebagai tindakan semasa kecemasan.
Prosedur 1: Prosedur Melapor Kecemasan
Perkara-perkara berikut perlu dilakukan apabila terdapat hal kecemasan:
i. Bertenang dan cuba untuk menenangkan orang di sekeliling.
ii. Hubungi Jurulatih atau Fasilitator dengan segera dan terangkan secara ringkas
situasi kecemasan dan lokasi kecemasan tersebut berlaku.
iii. Maklumkan kepada PYD untuk tindakan selanjutnya.
iv. Bergerak ke tempat berkumpul dengan segera.
Prosedur 2: Prosedur Pusat Urusetia Kecemasan
i. PYD mengarahkan Jurulatih atau Fasilitator untuk mewujudkan pusat urusetia
kecemasan (sekiranya perlu) bagi tujuan menyalurkan maklumat kepada pihak
berkuasa sekiranya perlu.
ii. Sediakan lampu kecemasan, papan putih, kanopi, papan tanda, alat bantuan
perubatan, peralatan komunikasi, dan lain-lain yang bersesuaian mengikut
situasi kecemasan.
iii. Hadkan akses ke pusat urusetia kecemasan hanya untuk individu yang diberi
kebenaran sahaja.
iv. Pastikan sekurang-kurangnya seorang perlu berada di pusat urusetia
kecemasan sepanjang masa.
Prosedur 3: Prosedur Bantuan Perubatan
Apabila berlaku kecemasan yang memerlukan rawatan segera ke atas mangsa yang
terlibat, samada PYD, Jurulatih atau Fasilitator hendaklah:
i. Berikan bantuan awal berdasarkan keadaan dan tahap kecederaan mangsa, keutamaan adalah kepada mangsa yang lebih teruk.
ii. Periksa tindak balas mangsa dengan bertanya pada mangsa jenis kecederaan.
iii. Periksa nadi mangsa.
iv. Periksa saluran pernafasan mangsa.
v. Periksa pernafasan mangsa.
vi. Kecederaan fizikal, pendarahan, hendaklah diberi bantuan yang bersesuaian
untuk menghentikan pendarahan dan dapatkan rawatan perubatan segera
dengan membawa mangsa ke pusat kesihatan/hospital untuk rawatan lanjut.
vii. Sekiranya mangsa tidak bernafas, hubungi Ambulans dan berikan 30 tekanan
pada dada mangsa serta bantuan pernafasan Cardiopulmonary Resuscitation
(CPR) oleh individu yang berkemahiran/ bertauliah.
viii. Teruskan membantu mangsa dengan CPR (individu yang berkemahiran/bertauliah) sehingga bantuan kecemasan tiba atau sehingga mangsa menunjukkan tindak balas bernafas.
Prosedur 4: Prosedur Mengira Jumlah Orang
Apabila berlaku kecemasan yang melibatkan sebahagian atau keseluruhan Peserta,
prosedur mengira jumlah ahli program perlulah dilaksanakan.
PYD, Jurulatih dan Fasilitator bergerak ke tempat berkumpul berserta senarai kedatangan Peserta.
Kumpulkan semua Peserta mengikut kumpulan yang terlibat.
Kawal keadaan dan beri arahan untuk mengira orang yang telah berkumpul.
Catatkan bilangan Peserta yang telah berkumpul dan laporkan jumlah akhir hitungan kepada PYD dan laporkan orang yang tidak ada dalam senarai hitungan segera kepada pihak berkuasa (sekiranya berkaitan).
PASUKAN TINDAKAN KECEMASAN [Emergency ResponseTeam]
Ialah sekumpulan orang yang bertindak balas terhadap sebarang situasi kecemasan. Barisan pertama pertahanan dalam keadaan kecemasan sehingga perkhidmatan kecemasan luaran sampai dan mengambil alih kawalan.
INDIVIDU DAN TINDAKAN YANG TERLIBAT DALAM PELAN BERTINDAK
KECEMASAN
BIL
Individu
Tindakan
1.
Pegawai Yang
Dipertanggungjawab
(PYD)
Bergerak ke lokasi kejadian dengan segera.
Kenalpasti bentuk kecemasan.
Tenangkan keadaan mangsa dan Peserta lain.
Berikan bantu mula atau lain-lain bantuan.
Menjalankan siasatan dan menilai situasi semasa kemalangan.
Menghubungi pasukan penyelamat.
Memaklumkan ibu bapa/penjaga sekiranya insiden terlalu serius.
Urusan pelaporan kepada pihak berkuasa, akhbar dan lain-lain.
Tuntutan insurans, ganti rugi dan lain-lain lagi.
2.
Jurulatih/Fasilitator
1. Membantu PYD dalam melaksanakan tugas-tugas
bertindak kecemasan semasa kejadian.
2. Mengambil alih tugas dan tanggungjawab sekiranya
ketiadaan PYD.
3. Merekodkan insiden yang berlaku.
4. Mencari langkah pencegahan insiden dari berulang.
3.
Pasukan Penyelamat
(Polis, Bomba, APM)
Bergerak ke lokasi dengan segera selepas mendapat
maklumat kecemasan.
2. Memberikan bantuan kecemasan kepada mangsa.
3. Merujuk kes kecemasan ke hospital yang berdekatan.
4
Hospital
1. Menerima kes kecemasan.
2. Menjalankan rawatan lanjutan.
6.4
PROSES KOMUNIKASI SEMASA BERLAKU KECEMASAN
Apabila berlaku sesuatu situasi kecemasan, pegawai meja, Jurulatih, Fasilitator dan Peserta perlu berkomunikasi untuk menyampaikan maklumat kes kemalangan kepada pihak yang terlibat. Sistem arahan kecemasan ini adalah merupakan panduan untuk melancarkan proses memaklumkan situasi kemalangan dalam program pendidikan luar. Berikut disenaraikan aliran komunikasi semasa berlakunya kecemasan.
BIL
Individu
Tindakan
1
Peserta
Menghadapi kecemasan seterusnya laporkan kepada Jurulatih atau Fasilitator
2
Jurulatih/Fasilitator
Laporkan kepada PYD (ambil langkah pencegahan segera/ jalankan prosedur pertolongan cemas).
3
PYD
Laporkan kepada agensi keselamatan (Pasukan Polis/ Bomba/Hospital).
NOMBOR PERHUBUNGAN KECEMASAN
Nombor perhubungan bagi tujuan kecemasan hendaklah dipamerkan di tempat-
tempat strategik dan mudah dilihat seperti di kawasan urusetia perkhemahan, surau, kantin , pejabat dan Kawasan laluan utama. Walau bagaimanapun, sekiranya berlaku kemalangan yang serius, Jurulatih perlulah melaporkannya kepada PYD terlebih dahulu bagi urusan selanjutnya di peringkat pengurusan program masing-masing.
Contoh senarai perhubungan kecemasan adalah seperti berikut:
i. Polis
ii. Bomba
iii. Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
iv. Penghulu/Ketua Kampung
v. Hospital
vi. PPT
PERTOLONGAN CEMAS (KECEDERAAN RINGAN/SEDERHANA)
Definisi:
Pertolongan segera yang diberikan kepada pesakit tanpa diskriminasi sebelum mendapat rawatan dari doktor atau pihak hospital.
Prinsip-prinsip pertolongan cemas:
Menyelamatkan nyawa
Mengurangkan kesakitan
Mengelakkan daripada keadaan bertambah teruk
Mendapat bantuan doktor atau menghantar pesakit ke hospital
Peraturan Am Pertolongan cemas:
Memberi pertolongan kepada mangsa yang cedera teruk dahulu.
Keutamaan kepada mangsa yang tidak sedar - menjaga, terutamanya pernafasan pesakit itu.
Jangan sekali-kali menanggalkan pakaian mangsa hanya sekadar melonggarkannya sahaja dgn tujuan untuk memudahkan pernafasan mangsa dan pembantu mula memerhatikan pergerakan pernafasan mangsa.
Membuat pengurusan bagi menghantar mangsa ke hospital.
JENIS-JENIS KECEDERAAN
KAEDAH RAWATAN BERDASARKAN KECEDERAAN
KECEDERAAN RINGAN/SEDERHANA
i. Luka/Pendarahan
Tekan kawasan yang berdarah dengan kain yang bersih sehingga
pendarahan berhenti (darah membeku).
Jika darah masih mengalir balut kawasan yang berdarah atau tambahkan tekanan ke atas kawasan yang luka.
Pastikan kawasan yang cedera berada dalam keadaan yang lebih tinggi
dari jantung dan otak. Praktikkan teknik RICE.
Tenangkan mangsa.
Hantar mangsa dengan segera ke hospital.
ii. Keracunan
Tanda-tanda:
maklumat dari mangsa
mangsa sakit dengan tiba-tiba
kesan terbakar di sekeliling mulut atau bibir
anak mata menguncup ke saiz mata jarum peniti.
Rawatan:
Larutkan racun dengan memberi segelas air atau susu jika mangsa sedar dan tiada tanda-tanda sawan. JANGAN beri minuman jika mangsa muntah.
Simpan bekas racun bagi tujuan analisis.
Segera hubungi hospital.
JANGAN cuba meneutralkan racun tersebut dengan cuka atau air limau.
iii. Terkejut ( anxiety, trauma, panik attack )
Tanda-tanda :
Badan berpeluh.
Pucat
Rasa hendak pengsan
Resah
Nafas kerap tapi tipis.
Kadar nadi bertambah tetapi lemah.
Rawatan :
Baringkan mangsa.
Lembabkan bibir mangsa dengan air jika ia dahaga.
Jika tidak sedar, baringkan dalam posisi ‘recovery’
Jika sedar, baringkan secara terlentang dengan muka dipusing ke tepi dan kaki ditinggikan. Selimutkan jika suhu badan menurun.
Segera hantar ke hospital.
iv.Terbakar
Klasifikasi terbakar
First Degree
Permukaan kulit sahaja
Kemerah-merahan atau hilang warna
Bengkak sedikit dan rasa sakit
Cepat sembuh
Second Degree
Melibatkan hujung-hujung saraf
Merah
Ada tanda-tanda gelembung (blisters)
Bengkak yang nyata (beberapa hari)
Kulit basah akibat lelehan plasma yang keluar dari lapisan kulit yang rosak.
Third Degree
Kerosakan tisu lebih dalam
Kemusnahan pada lapisan kulit luar
Tisu-tisu dalam dapat dilihat.
PENTING : ORANG DEWASA YANG 15% PERMUKAAN BADAN TERBAKAR DAN KANAK-KANAK YANG 10% PERMUKAAN BADAN TERBAKAR PERLU DIMASUKKAN KE HOSPITAL
Rawatan :
Sejukkan dengan serta merta dengan air sejuk
Tutup bahagian yang terbakar dengan kain bersih
Baringkan mangsa
Jangan gerakkan bahagian yang terbakar
Beri sedikit minuman bagi mangsa yang sedar
v. Melecur
Rawatan:
Sejukkan dengan air sejuk
Jika baju tidak melekat pada kulit dan masih lembab, tanggalkan pakaian.
Rawat seperti mangsa terbakar
vi. Renjatan Elektrik
Rawatan:
Putuskan hubungan elektrik
Periksa pernafasan, beri pemulihan pernafasan (EAR) jika pernafasan mangsa terhenti
Rawat bagi terbakar jika ada.
vii.Terseliuh (dislocation)
Kecederaan di bahagian sendi akibat daya dari luar yang kuat menyebabkan ligamen tertarik atau koyak. Kawasan kecederaan biasa di pergelangan tangan atau kaki serta lutut.
Rawatan:
RICE
Rehatkan kawasan yang cedera (Rest)
Letakkan ais yang telah dibungkus didalam kain ke tempat cedera (Ice)
Balut tempat yang cedera (Compression)
Tinggikan tempat cedera dari paras jantung (Elevation)
Hantar ke hospital
viii.Ketegangan Otot
Kecederaan pada otot akibat teregang berlebihan, akibat terlebih guna atau mengangkat benda yang berat.
Tanda-tanda :
sakit yang tajam di tempat cedera dan diikuti dengan bengkak.
Rawatan:
RICE
ix. Terkehel
Kecederaan di sendi yang melibatkan tulang terkeluar dari kedudukan asalnya. Biasanya di bahu, siku, jari dan rahang. Terkehel mungkin diikuti dengan patah tulang.
Tanda-tanda:
Sakit tidak boleh menggerakkan bahagian yang cedera, cacat bentuk anggota tersebut.
Rawatan:
Berikan rawatan renjatan.
Jangan sekali-kali cuba memasukkan sendi yang terkeluar itu ke tempat asal.
Jangan lakukan banyak pergerakan.
Balut dengan padding atau anduh di tempat yang cedera.
Hantar segera ke hospital.
x. Patah
Definisi Patah
Kepatahan ialah terputusnya kesinambungan struktur tulang akibat daripada suatu kuasa hentakan kuat atau tekanan yang datang secara langsung atau tidak langsung yang berpunca daripada kemalangan seperti terjatuh, dipukul atau kemalangan jalanraya.
Kategori Patah
Patah terbahagi kepada dua iaitu patah terbuka (open fracture) dan patah tertutup (closed fracture).
Patah terbuka adalah patah tulang yang terkeluar menembusi daging dan terdedah kepada udara. Kepatahan sebegini akan menyebabkan pendarahan dan berkemungkinan terkena jangkitan.
Patah tertutup pula adalah kepatahan yang tidak terkeluar menembusi daging. Kepatahan sebegini kadang kala menyebabkan pendarahan dalaman (kesan lebam di tempat yang patah) dan kadang kala tidak berlaku pendarahan.
KECEDERAAN AKIBAT DISENGAT HAIWAN BERBISA
Pengenalan
Secara umumnya, ada yang beranggapan bahawa sengatan haiwan seperti kala jengking, lipan dan ikan sebagai kecederaan yang mudah dirawat dan tidak memerlukan perhatian segera. Hakikatnya, selain daripada kesan kesakitan ia juga boleh berakhir dengan kecacatan. Sengatan haiwan berbisa boleh menyebabkan kematian akibat kejutan anafilaksis.
Jenis haiwan berbisa
Antara haiwan berbisa yang sering menyengat dan menggigit manusia ialah :
Haiwan kecil jenis merayap : Kalajengking dan lipan.
Ular: Jenis tedung, ular kapak (viperidae), ular laut (hydropida)
Haiwan laut : Ikan bersengat, obor-obor dan batu karang
Gejala dan tanda
Kesakitan pada tempat gigitan bagi semua gigitan haiwan berbisa.
Bagi gigitan ular berbisa terdapat tanda gigi taring.
Tempat sengatan kelihatan biru dan hitam.
Bagi sengatan kala jengking terasa gatal dan bengkak pada bahagian sengatan.
Rasa gelisah, keluar air mata dan air liur yang berlebihan bagi sengatan kala jengking.
Berpeluh banyak, mual dan muntah.
Sengat ikan berbisa juga biasanya melekat pada tisu yang disengat.
Rawatan Di tempat kejadian
Yakinkan mangsa agar bertenang dan sengatan tersebut dapat disembuhkan.
Letakkan mangsa pada posisi yang selesa dan mendatar
Kurangkan pergerakan anggota yang terkena sengatan atau gigitan.
Bagi sengatan kala jengking, lipan dan labah-labah, letakkan turniquet pada bahagian atas anggota yang disengat. Longgarkan semula turniquet tersebut selama 20 minit dan berselang dalam 5 minit bagi menggelakkan gangrene.
Letakkan ais pada bahagian yang terkena sengatan kala jengking, lipan dan labah-labah bagi mengalakkan penyempitan salur darah.
Buat cucian pada luka dan hentikan pendarahan jika ada.
Hantar mangsa segera ke hospital.
DISENGAT SERANGGA BERBISA : Rawatan Awal
Pengenalan
Sengatan serangga berbisa lazimnya hanya menyebabkan kesakitan, bengkak dan kemerahan. Namun begitu, ia juga boleh mengakibatkan tindak balas yang lebih serius kepada badan dan fungsi organ akibat berlakunya kejutan anafilaksis. Tindak balas ini boleh membawa maut jika tidak mendapat rawatan segera.
Tanda dan gejala
Setempat
Kesakitan yang teruk pada bahagian yang disengat.
Rasa gatal di sekeliling tempat sengatan.
Lebam di sekeliling tempat sengatan
Titik kesan sengatan kelihatan kemerah-merahan.
Sengatan kadang-kadang masih melekat pada tisu badan.
Bernanah.
Gejala Sistemik
Bagi mangsa yang sangat sensitif kepada racun sengatan ini,mereka akan mengalami gejala pengsan dan turun tekanan darah.
Mengalami gejala kejutan anafilaksis yang boleh membawa maut, kalau tidak mendapat rawatan segera.
Gejala kejutan anafilaksis adalah seperti :
Pucat dan kulit yang sejuk.
Berpeluh.
Ruam menyeluruh
Bengkak pada salur darah.
Pertuturan yang tidak jelas (slurred)
Gangguan emosi, keliru dan resah-gelisah.
Kadar pernafasan meningkat.
Kesukaran bernafas.
Tidak sedarkan diri.
Rawatan pertolongan cemas
Bagi sengatan lebah, penyengat dan tebuan, cuba buangkan sengatan menggunakan penyepit (tweezers)
Bagi tungau yang masih melekat pada kulit jangan sekali-kali menarik secara paksa kerana dikhuatiri mulutnya akan tertanggal dan memasuki tisu badan yang akan menyebabkan inflamasi yang teruk.
Cuci luka dengan air bersih atau antiseptik selepas membuang sengat dari tempat sengatan.
Letakkan demahan sejuk atau ais untuk meredakan kesakitan.
Bagi rawatan bengkak di dalam mulut atau kerongkong, berikan ais untuk diletakkan di dalam mulut dan dihisap. Nasihatkan juga berkumur dengan air sejuk .
Hadkan pergerakan anggota yang terkena sengatan.
Letakkan mangsa dalam kedudukan menyandar sekiranya mangsa mengalami kesukaran bernafas.
Letakkan mangsa dalam kedudukan mengiring sekiranya mangsa tidak sedarkan diri.
Selimutkan mangsa sekiranya dalam kesejukan.
Hantar segera mangsa ke hospital atau klinik berdekatan untuk rawatan lanjut.
Rawatan di hospital
Mangsa akan diperiksa kadar denyutan nadi, tekanan darah, kadar pernafasan dan tahap kesedaran.
Tempat sengatan dan gigitan akan dirawat dan dibalut sekiranya ada pendarahan.
Ubat antihistamin akan diberi sama ada dalam bentuk suntikan atau tablet.
Preskripsi ubat penahan kesakitan juga mungkin akan diberikan sekiranya mangsa mengalami kesakitan yang teruk.
Sekiranya mangsa mengalami gejala kejutan anafilaksis, infusi cecair intravena dan alat bantuan pernafasan akan diberikan.
DIPATUK ULAR : Rawatan Awal
Pengenalan
Ular merupakan haiwan yang dianggap berbahaya dan boleh mengancam nyawa. Lokasi tubuh badan yang sering terdedah kepada ancaman dipatuk ular adalah pada bahagian kaki dan tangan. Insiden dipatuk ular merupakan kes kecemasan yang memerlukan tindakan dan rawatan dengan segera.
Tanda/Gejala
kesakitan,
bengkak,
perdarahan
lebam seperti
muntah,
pening,
kabur penglihatan,
lumpuh sebahagian atau keseluruhan badan,
kesukaran bernafas tidak sedarkan diri.
Rawatan
Rawatan awal boleh dilakukan oleh mangsa sendiri atau dengan bantuan orang di sekeliling. Risiko kematian dapat dielakkan sekiranya langkah-langkah berikut dapat diambil dengan segera:
Bertenang atau tenangkan mangsa;
Hadkan pergerakan bahagian atau anggota yang dipatuk bagi mencegah merebak ke dalam tisu dan ke seluruh badan. Sekiranya dipatuk pada bahagian tangan atau kaki maka penggunaan splint pada anggota berkenaan adalah disyorkan;
Minta bantuan (jika berseorangan) atau hubungi anggota perubatan di klinik atau hospital.
Jika berlaku perdarahan, berikan tekanan ke atas luka menggunakan kain bersih;
Gunakan papan atau papah mangsa sekiranya mangsa perlu dipindahkan;
Sekiranya, bantuan lambat tiba, bawa mangsa ke pusat rawatan berdekatan;
Cuba sebaik mungkin untuk mengenal pasti jenis ular yang mematuk atau menggunakan kamera/telefon bimbit untuk mengambil gambar ular;
Membawa ular yang telah mati ke pusat rawatan bagi membantu mengenal pasti jenis ular (pastikan keselamatan sentiasa diutamakan);
Pemakaian “torniquet” adalah tidak digalakkan;
Jangan sesekali menyedut atau memotong bahagian luka patukan ular.
GIGITAN LINTAH DAN PACAT : Rawatan Awal
Pengenalan
Lazimnya lintah dan pacat yang melekap atau menggigit anggota tubuh kita akan terus melekap sehinggalah darah yang dihisap memenuhi kantung tubuhnya. Namun, keadaan yang lebih membimbangkan sekiranya lintah dan pacat memasuki rongga tubuh termasuklah melalui bahagian kemaluan serta dubur.
Tanda/Gejala
Pendarahan
Jika kehilangan banyak darah, mangsa akan kelihatan pucat dan lesu
pendarahan tidak akan berhenti dalam waktu yang singkat
Rawatan
Bertenang atau tenangkan mangsa;
Pastikan sebarang petua yang digunakan untuk menanggalkan lintah dan pacat hendaklah bebas daripada sebarang pencemaran dan kekotoran.
Cuci luka dengan air yang bersih jika ada.
Tekan menggunakan kain bersih pada lokasi luka supaya darah tidak keluar.
Jangan garu pada lokasi gigitan.
Tuamkan dengan air di bahagian yang terasa gatal kerana ia juga boleh mengurangkan bengkak.
Jika diserang lintah dan pacat yang banyak, dapatkan bantuan dan rawatan daripada anggota perubatan di klinik atau hospital berdekatan.
STROK HABA (HEAT STROKE) : Rawatan Awal
Pengenalan
Berlaku apabila suhu badan meningkat dengan cepat (41 darjah celcius atau lebih) akibat terdedah kepada cuaca panas yang berterusan semasa menjalankan aktiviti fizikal.
Sebab-Sebab
Kekurangan air dan garam galian dalam badan dalam jumlah yang banyak.
Tanda dan Gejala
Peningkatan suhu badan secara mendadak (41°C)
Denyutan jantung menjadi cepat
Pernafasan cepat dan pendek
Tekanan darah menurun
Badan kering dan panas
Tidak selesa, keliru dan mungkin menjadi tidak sedar
Rasa kepala berpusing
Pening
Rasa mual
Sawan atau pengsan
Rawatan
Rawatan di tempat kejadian :
Alihkan mangsa dari sinaran matahari yang melampau ke tempat berbumbung atau mempunyai hawa dingin.
Sejukkan mangsa dengan kain yang lembap atau siram dengan air sejuk.
Berikan udara segar, halakan kipas secara terus atau kipas mangsa menggunakan kertas surat khabar.
Sekiranya mangsa sedar, berikan minuman sejuk dan segar.
Dapatkan bantuan perubatan.
DIGIGIT ANJING : Rawatan Awal
Pengenalan
Kecederaan akibat gigitan anjing boleh mengundang bahaya yang mengancam nyawa apatah lagi ia melibatkan anjing liar yang status kesihatannya tidak diketahui.
Tanda/Gejala
Kesan gigitan dan pendarahan boleh berlaku akibat tusukan gigi taring anjing. Ia boleh mengakibatkan gejala seperti kesakitan, demam atau berasa gatal di bahagian terlibat.
Rawatan
Rawatan awal boleh dilakukan oleh mangsa sendiri atau dengan bantuan orang di sekeliling. Sebarang risiko dapat dielakkan sekiranya langkah-langkah berikut dapat diambil dengan segera, seperti :
Mangsa disuruh bertenang;
Cuci luka dengan air yang bersih, seperti air paip yang mengalir jika ada
Memberi tekanan dengan menggunakan kain bersih pada kawasan luka gigitan bagi menghentikan perdarahan;
Jika perdarahan masih berterusan, lakukan tekanan yang berterusan pada bahagian nadi (jika luka berlaku di kawasan tangan atau kaki) bagi mengelakkan darah daripada keluar dengan banyak.
Jika perdarahan masih berterusan, langkah seterusnya adalah dengan meninggikan anggota yang luka dari paras jantung untuk mengurangkan darah mengalir keluar;
Dapatkan bantuan dan rawatan daripada anggota perubatan di klinik atau hospital berdekatan.