PENGENALAN
Program Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) Sekolah-Sekolah KPM Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 berdasarkan Surat Pekeliling Bilangan 3/2004: Memperkasakan Pendidikan Pencegahan Dadah di Sekolah. Program ini diadakan bertujuan memberi ruang dan peluang kepada pihak sekolah khususnya murid untuk terus berusaha menjadi Duta Sahsiah Murid PPDa dengan menyebar luaskan PPDa dalam warga sekolah serta rakan-rakan di sekolah lain. Aktiviti-aktiviti yang dirancang juga mampu dan boleh dilaksanakan oleh murid secara individu atau berkumpulan. KPM berharap agar semua sekolah dapat mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dianjurkan bagi menyahut saranan kerajaan dalam usaha membendung penyalahgunaan bahan dan dadah termasuk alkohol, rokok dan vape. Di antara aktiviti Program E-Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah ialah:
Doodle Antidadah
Mencipta Puisi dan Lagu Dadah, Alkohol, Rokok, Vape, HIV/AIDS
Buku Skrap Digital
Video Public Service Announcemen (PSA) PPDa
***NOTA PENTING***
TARIKH PENGHANTARAN KE PPD PAPAR ADALAH PADA 28 JUN 2024
BORANG PENDAFTARAN