"GENERASI MADANI, SEKOLAH BEBAS DADAH"
Penerapan dan pendekatan Karamah Insaniah adalah sangat digalakkan dalam menghasilkan karya yang eksklusif, menarik serta memberangsangkan.
Panduan
"GENERASI MADANI, SEKOLAH BEBAS DADAH" dengan teras yang utuh iaitu keteguhan rohani, keterampilan diri, sahsiah terpuji dan kemantapan jati diri sebagai panduan dalam membina karektor murid dari awal persekolahan. Ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan
Konsep Karamah Insaniah KPM memberi maksud konsep yang menekankan pembentukan adab, akhlak dan integriti bagi mewujudkan suasana harmoni yang akan menghindari gejala negatif. Konsep ini bukan sahaja diterapkan dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di bilik darjah sahaja malah turut diterapkan dalam pembelajaran luar bilik darjah.