KEPENTINGAN PENDIDIKAN STEM BAGI MASA HADAPAN
KEPENTINGAN PENDIDIKAN STEM BAGI MASA HADAPAN
Pendidikan STEM merupakan pengintegrasian Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik sebagai kaedah Pengajaran dan Pembelajaran yang lebih menarik dan menyeronokkan. Pendidikan STEM adalah penting kerana ianya meliputi setiap aspek kehidupan seharian dan dunia di sekeliling kita!
Pengetahuan STEM digunapakai dalam penyelesaian masalah seperti pembinaan bangunan dan pengiraan diskaun ketika pembelian barang. Bukan itu sahaja, Pengetahuan STEM adalah amat penting sebagai persediaan kita untuk menghadapi cabaran dan kehidupan yang berbeza di masa hadapan seperti kenderaan tanpa pemandu (autonomous vehicles) dan kecerdasan buatan (artificial intelligence).