Microsoft Certified Educator (MCE)
Microsoft Certified Educator (MCE)
Microsoft Certified Educator (MCE) adalah pensijilan yang mengesahkan bahawa pendidik mempunyai kecekapan literasi teknologi pendidik diperingkat dunia yang diperlukan untuk menyediakan pengalaman pembelajaran yang kaya dan tersuai untuk murid. Pensijilan MCSE sangat sesuai untuk pendidik dalam latihan, fakulti kolej latihan guru, dan pendidik dalam perkhidmatan. Microsoft menawarkan kurikulum e-pembelajaran yang komprehensif untuk membantu pendidik bersedia untuk menghadapi peperiksaan ini.
Google Certified Educator Level 1
Google for Education telah menyediakan pensijilan bagi meningkatkan penguasaan alatan Google di bilik darjah dengan Sijil Pendidik Tahap 1. Menyelesaikan pensijilan memberikan anda lencana yang membantu anda menonjolkan diri pada resume anda, portfolio, tapak web dan pelbagai lagi.
Google Certified Educator Level 2
Pensijilan ini adalah untuk mengesahkan kepakaran dan kemahiran pengaplikasian teknologi lanjutan guru dengan Sijil Pendidik Tahap 2. Menyelesaikan pensijilan memberikan anda lencana yang membantu anda menonjolkan diri pada resume anda, portfolio, tapak web dan pelbagai lagi.
Apple Teacher
Apple Teacher adalah program pembelajaran profesional percuma yang direka untuk menyokong dan meraikan pendidik menggunakan produk Apple untuk pengajaran dan pembelajaran. Perjalanan kendiri anda bermula dengan mempelajari kemahiran asas menggunakan iPad dan Mac, dan seterusnya digunakan semasa anda menyepadukan teknologi Apple ke dalam pengajaran.