1.0 PERANAN PEGAWAI MEJA JPN/PPD
Membimbing dan menyebarluaskan maklumat KOMPAS 2.0 kepada Pegawai Meja KOMPAS 2.0 di peringkat PPD.
Menyediakan dan membekalkan data;
PGB yang dilantik pada atau sebelum 30 Jun tahun semasa;
PGB yang bersara dalam tempoh 1 hingga 14 Julai; dan
data PGB yang bercuti panjang kerana sakit berpanjangan ATAU cuti rehat berpanjangan yag melepasi Tarikh akhir pengisian (31 Ogos tahun semasa)
Menerima laporan KOMPAS 2.0 dari PPD dan menggunakan laporan tersebut sebagai panduan merancang pelan Tindakan pembangunan profesionalisme PGB.
Membentangkan hasil analisis keperluan latihan dalam mesyuarat pengurusan JPN.
Merancang pelan pengurusan KOMPAS 2.0 di peringkat Negeri dan Daerah.
2.0 PERANAN PEGAWAI SIPartners+.
Penggubalan KOMPAS 2.0 adalah untuk:
Mendapatkan laporan kompetensi pemimpin sekolah JPN/PPD masing-masing sebagai makluman dan panduan pembangunan profesionalisme.
Bekerja bersama-sama Seksyen/Unit Pengurusan Sekolah/Latihan dalam merancang pelan Tindakan Latihan Pemimpin Sekolah JPN/PPD masing-masing.
Mengadakan perbincangan laporan Kompas 2.0 PGB di bawah seliaan.
Membimbing Pemimpin Sekolah merancang pelan Tindakan Pembangunan profesionalisme.
3.0 PERANAN PEMIMPIN SEKOLAH
Pemimpin Sekolah dikehendaki mengakses bahan KOMPAS 2.0 secara dalam talian dalam Portal Rasmi IAB.
Pemimpin Sekolah diberi tempoh masa selama 6 minggu untuk menjawab KOMPAS 2.0 mulai 17 Julai hingga 30 Ogos setiap tahun.
Pemimpin Sekolah hendaklah muat turun profil dan laporan kompetensi kendiri.
Menyerahkan satu Salinan laporan individu kepada Pegawai Meja PPD dan Pegawai SIPartners+.
Berbincang dan mendapatkan pandangan pegawai SIPartners + laporan yang diperoleh untuk merancang pelan Tindakan Latihan Pembangunan profesionalisme.