Penyertaan adalah percuma.
Pertandingan dibahagikan kepada empat (4) kategori iaitu Prasekolah, Pendidikan Khas, Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah.
Setiap kategori boleh disertai secara individu atau berkumpulan.
Jumlah peserta bagi setiap kumpulan mestilah tidak melebihi daripada tiga (3) orang dan dari sekolah yang sama.
Peserta yang layak menyertai pertandingan ini terdiri daripada guru Prasekolah hingga guru tingkatan lima (5).
Bahan yang dipertandingkan mestilah karya asli, kreatif dan dihasilkan sendiri oleh peserta dan tidak melanggar hak-hak pihak ketiga (termasuk hak cipta).
Bahan yang dipertandingkan mestilah tidak pernah memenangi mana-mana pertandingan inovasi PdP di peringkat kebangsaan atau antarabangsa.
Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami semasa menyertai pertandingan ini.
Dengan menyertai pertandingan ini, setiap peserta bersetuju untuk memberi hak dan kebenaran kepada KPM menggunakan bahan tersebut untuk tujuan promosi di media cetak/elektronik dan media sosial.
Semua peserta adalah tertakluk kepada syarat dan terma pertandingan yang telah ditetapkan oleh pihak KPM.
Keputusan panel juri adalah muktamad. Penganjur berhak membatalkan penyertaan peserta sekiranya terbukti peserta mengemukakan maklumat yang tidak benar.