Pertandingan 3-Minute PdP Pitching bagi guru KPM akan diadakan secara berperingkat seperti berikut:
Pertama - Pertandingan 3-Minute PdP Pitching Peringkat Daerah
Kedua - Pertandingan 3-Minute PdP Pitching Peringkat Negeri
Ketiga - Pertandingan 3-Minute PdP Pitching Peringkat Kebangsaan
Pemenang Pertandingan 3-Minute PdP Pitching bagi guru KPM peringkat daerah akan mewakili daerah ke peringkat negeri. Pemenang peringkat negeri pula akan mewakili negeri ke peringkat kebangsaan.
Pertandingan 3-Minute PdP Pitching bagi guru pendidikan khas dan swasta akan dijalankan di peringkat Bahagian yang terlibat.
Pemenang Bahagian mengikut setiap kategori individu dan berkumpulan akan mewakili Bahagian masing-masing ke peringkat Kebangsaan.
Guru perlu menghantar borang penyertaan dan penerangan ringkas (2-5 m/s) inovasi kepada Penyelaras Pertandingan 3-Minute PdP Pitching Peringkat Daerah di PPD masing-masing sebelum 24 Ogos 2022.
Guru akan membuat pembentangan dan persembahan berkaitan inovasi dalam PdP secara bersemuka dihadapan juri selama 3 minit dan dirakam melalui rakaman video. Pemenang dari setiap kategori akan mewakili daerah ke peringkat negeri.
Penilaian & Pertandingan 3-minute PdP Pitching Peringkat JPN Pahang, BP Khas & BP Swasta
Panel Penilai akan membuat penilaian setiap kategori berpandukan rakaman video pembentangan semua pemenang peringkat daerah.
Penilaian Peringkat Kebangsaan akan dilaksanakan secara bersemuka. Semua finalis yang berjaya dipilih akan dijemput untuk membuat 3-Minute PdP Pitching bagi menentukan pemenang bagi setiap kategori.