PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN
PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN
SURAT SIARAN KPM BILANGAN 12 TAHUN 2018
Garis Panduan Pelaksanaan Mata Kredit Pembangunan Profesionalisme Berterusan (MyPPB) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
PEMBELAJARAN KENDIRI
Pembelajaran kendiri bermaksud kaedah pembelajaran yang berkonsepkan belajar atas daya usaha sendiri sama ada pembelajaran yang melibatkan secara bersemuka dan tidak bersemuka (online). Pembelajaran kendiri dalam SPLKPM terdiri daripada ePembelajaran, pembacaan buku dan webinar.
Jenis Aktiviti Pembelajaran Kendiri :
Penggunaan portal pembelajaran dalam talian yang diiktiraf oleh Kementerian/Jabatan seperti ePembelajaran Sektor Awam (EPSA), Delima, Microsoft Learn dan lain-lain.
Pembacaan buku-buku ilmiah dalam Bahasa Melayu atau Inggeris (buku biasa/bentuk fizikal atau eBook).
Pembacaan jurnal ilmiah/laporan kajian dan bahan ilmiah secara fizikal atau maya (virtual) yang lain.
Sistem Pengurusan Pembelajaran (SiPP) KPM (baru dilancarkan pada 7 Februari 2024)
Syarat untuk mendaftarkan ePembelajaran/webinar dalam SPLKPM :
Sijil adalah secara softcopy (muat naik dalam google drive JNCK )
Wajib mempunyai maklumat seperti
Jam kursus
Nama pelantar yang mengeluarkan sijil
Nama peserta
Tajuk ePembelajaran
Sekiranya tiada maklumat seperti di atas, ia tidak dikira sebagai ePembelajaran.
Syarat untuk mendaftarkan Pembacaan Buku dalam SPLKPM :
Sinopsis buku disediakan dan diserahkan kepada SULDP
Wajib melengkapkan maklumat berikut dalam SPLKPM
Jenis bahan bacaan
Tajuk bahan bacaan
Penulis
Bahasa Pengantara Bacaan
Bilangan muka surat
Tarikh Pembacaan
'BUAT AWAL, TIDAK KALUT'
Setiap Nazir Sekolah dikehendaki untuk membuat sebanyak empat (4) Pembacaan Buku dalam setahun dan direkodkan dalam SPLKPM bagi memperoleh maksimum 20 mata kredit untuk MyPPB (P10 Pembacaan).
Setiap Nazir Sekolah dan AKP perlu melaksanakan sekurang-kurangnya empat (4) Pembelajaran Kendiri (ePembelajaran atau Webinar) (tidak termasuk ePembelajaran yang diarahkan oleh KPM) bagi memperoleh maksimum 15 mata kredit (P06 ePembelajaran).
Suku pertama (Januari-Mac) 1PB+1ePembelajaran/Webinar
Suku kedua (April-Jun) 1PB+1ePembelajaran/Webinar
Suku Ketiga (Julai-September) 1PB+1ePembelajaran/Webinar
Suku Keempat (Oktober-Disember) 1PB+1ePembelajaran/Webinar