INFO TERKINI
INFO TERKINI
Semua Nazir Sekolah di JNC Keningau telah mengaktifkan akaun Sistem Pengurusan Pembelajaran (SiPP) masing-masing.
Semoga platform ini dapat dimanfaatkan bagi tujuan memperkasakan dan meningkatkan kompetensi Nazir Sekolah di JNC Keningau selain dapat mempelbagaikan akses sumber bahan dan aktiviti pembelajaran aktiviti pembelajaran untuk direkod ke dalam e-Pembelajaran SPLKPM.
(Pekeliling Perkhidmatan Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 1 Tahun 2024)
JUSA/GRED KHAS (Sinopsis dan Pembentangan)
PENGURUSAN & PROFESIONAL (Sinopsis)
KUMPULAN PELAKSANA (Pembentangan)
Kementerian Pendidikan Malaysia telah melancarkan Sistem Pengurusan Pembelajaran (SiPP) bagi memperkasakan kompetensi digital Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) atau guru di sekolah.
SiPP merupakan platform tersebut menyediakan akses kepada guru untuk mendapatkan bahan latihan, kursus dan sumber-sumber pembelajaran sepenuhnya melalui peranti masing-masing secara dalam atau luar talian.
Sistem ini telah dilancarkan oleh YB Menteri Pendidikan pada 7 Februari 2024.
Ini juga akan memberi manfaat kepada 429,000 orang PPP di seluruh negara dengan akses melebihi 20,000 kandungan termasuklah 15,000 e-book, 4,000 video, 3,000 kursus, 400 latihan makmal dan 40 sijil profesional.
Sistem ini juga dilengkapi dengan teknologi kecerdasan buatan AI yang digunakan bagi membantu mengesan kecenderungan pengguna dengan memberi cadangan modul pembelajaran yang bersesuaian dengan kecenderungan masing-masing.
Pengenalan sistem ini adalah bertepatan dengan Strategi Pendigitalan Pendidikan iaitu:
Teras 4 MyDigital
Dasar Pendidikan Digital
Proses Inovatif Teknologi Digital
Kerjasama Korporat
Antara kelebihan sistem ini adalah seperti berikut:
Guru dibimbing secara sistematik tanpa menghilangkan ciri-ciri keseronokan ketika mengikuti sesi pembelajaran.
Mendapat pengiktirafan dalam bentuk lencana digital dan sijil digital yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa seperti Micosoft, Cisco, CompTIA, RedHat, Tosa, AWS dan PMI-ACP.
Modul pembelajaran yang boleh diakses secara luar talian.
Pembelajaran mengikut tahap.
Dilengkapi dashboard pemantauan.
Disokong aplikasi mudah alih.
Untuk mengaktifkan akaun sistem ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:
Semak e-mel yang didaftarkan dalam SPLKPM.
Semak e-mel jemputan daripada no-reply@percipio.com.
Jika tidak menerima e-mel tersebut, klik butang ‘Start Learning.’
Log masuk menggunakan e-mel yang didaftarkan atau ID guru Malaysia yang tercatat pada Sijil Guru Malaysia.
Semua PPP akan memperoleh manfaat daripada Sistem Pengurusan Pembelajaran (SiPP) ini bagi tempoh setahun mengikut 3 fasa yang ditetapkan.
Sehubungan dengan itu, pengagihan lesen SiPP kepada PPP yang terlibat untuk Fasa 1 telah dihantar ke e-mel yang didaftarkan dalam Sistem Pengurusan Latihan Kementerian Pendidikan Malaysia (SPLKPM) bertarikh 8 Februari 2024.
SiPP juga boleh diakses melalui Modul Individu SPLKPM dan aktiviti pembelajaran dari SiPP akan direkod terus ke dalam e-Pembelajaran SPLKPM.
Semua pembelajaran dalam SiPP didaftarkan sendiri dalam SPLKPM seperti e-Pembelajaran yang lain untuk sokongan SULDP.