UMUM
Pertandingan ini dibuka kepada semua pelajar Menengah 1 hingga 3 di sekolah menengah arus utama & murid Darjah 3 hingga Darjah 5 di sekolah rendah arus utama.
Setiap sekolah hanya boleh mendaftar satu kumpulan sahaja.
Setiap kumpulan harus terdiri daripada empat belas hingga enam belas orang pelajar termasuk konduktor. Sekolah juga digalakkan untuk melantik dua pelajar simpanan.
SKRIP
Skrip yang digunakan harus menepati tema yang ditetapkan.
Skrip tidak boleh mengandungi bahan yang memiliki hak cipta. Contohnya, muzik, filem atau penulisan yang telah diterbitkan. Untuk maklumat lanjut, sila lungsuri lelaman berikut: https://www.ipos.gov.sg/about-ip/copyright
Setiap kumpulan tidak dibenarkan untuk membaca atau merujuk sebarang nota semasa membuat persembahan.
Skrip mestilah tidak menyentuh isu-isu sensitif seperti agama, kaum, budaya, politik atau peribadi seseorang.
Penggunaan puisi dan prosa tradisional amat digalakkan, contohnya peribahasa, pantun atau cerita rakyat.
Sekolah harus menggunakan templat skrip yang disediakan. Dalam templat tersebut sekolah harus menyatakan segala bentuk prop dan pakaian yang akan dikenakan semasa persembahan.
Skrip persembahan dan penggunaan prop harus diluluskan oleh pihak penganjur terlebih dahulu.
PERSEMBAHAN
Pelajar harus mengenakan pakaian seragam sekolah yang rasmi. Pengubahsuaian pada seragam sekolah tidak dibenarkan.
Persembahan perlu disertakan dengan gerakan yang segerak (synchronised movement).
Pelajar juga boleh menggunakan prop yang sesuai.
Susunan kumpulan di pentas adalah bebas dan mengikut kreativiti kumpulan masing-masing.
Pihak penganjur tidak akan menyediakan sebarang sokongan ICT yang dapat membantu persembahan kecuali mikrofon.
Persembahan segala bentuk bahan yang memiliki hak cipta tidak dibenarkan.