Pendaftaran kini sudah dibuka. Sila mendaftarkan sekolah anda melalui pautan ini https://go.gov.sg/katapella2026. Kami nantikan penyertaan anda! 😀
Setelah Cikgu menyatakan minat untuk menyertai Katapella 2026, borang penyertaan akan disahkan oleh kami dan akan dikembalikan kepada Cikgu.Â
Cikgu kemudiannya harus mengisi nama peserta, nombor kad pengenalan, kelas serta tugas mereka dalam pertandingan.
Cikgu juga harus mendapatkan keizinan ibu bapa/waris untuk menyertai Katapella 2026.
Semua penyertaan (rakaman video) dan skrip harus dihantar kepada pihak penganjur secara dalam talian selewat-lewatnya pada 20 Mac 2026 (Jumaat).