Hari ketiga, rabu


Tepat pada pukul 8.30 pagi, kami telah menuju ke Sekolah Menengah Lodge untuk aktiviti-aktiviti pada hari ini. Setelah kumpulan Fareez memperkenalkan sekolah kami dengan menunjukkan gambar-gambar kemudahan-kemudahan yang ada di sekolah kami, kumpulan yang diketuai oleh Izwan, telah memperkenalkan pelbagai peralatan ICT kepada pelajar-pelajar di sekolah itu seperti bermain permainan Kahoot! dan menguji pengetahuan mereka tentang Singapura. Semasa bermain permainan itu, pelajar-pelajar Lodge kelihatan sungguh ghairah dan gembira. Oleh kerana ini merupakan kali pertama mereka bermain Kahoot!, kami telah duduk bersama-sama mereka dan membantu mereka bermain permainan itu.

Kemudian, kami melakukan aktiviti Toondoo bersama rakan-rakan kami dari Sekolah Menengah Lodge. Kami mengajar pelajar-pelajar di situ cara-cara untuk menggunakan Toondoo dan mereka telah ditugaskan untuk mereka sebuah Toondoo berdasarkan tugasan yang telah diberikan.

Setelah menikmati makan ringan iaitu nasi lemak, kami juga dapat bermain Sahibbah bersama-sama pelajar-pelajar di sekolah itu. Ia merupakan suatu pengalaman yang kami tidak boleh lupakan!

Sebelum kami beredar, kami telah mengucapkan selamat tinggal kepada kawan-kawan baharu kami. Kami berasa amat sedih kerana harus berpisah dengan mereka setelah berkenalan selama dua hari.

Selepas makan tengahari, kami menuju ke Tanoti House untuk mempelajari tentang tenunan songket di Sarawak. Di Tanoti House, kami dapat mempelajari tentang sejarah Tanoti House dan teknik-teknik menenun songket. Kegiatan ini amat menarik kerana ia merupakan suatu peluang yang baik untuk kami mencuba budaya yang semakin hilang ditelan zaman ini.

Sebelum kami makan malam di hotel yang berdekatan, kami dapat membeli cenderamata dari kedai Sinpiao untuk ahli keluarga yang tersayang di Singapura. Kami telah membeli barang-barang seperti lada hitam, kemeja-T dan banyak lagi di sana. Amat menyeronokkan!

Ini adalah beberapa contoh refleksi kami untuk hari ini:

Apakah perkara yang paling menarik tentang hari ini?

Saya telah pelajari tentang bagaimana untuk menenun songket di Tanoti House. Kami telah pelajari bagaimana untuk menghasilkan songket tanpa menggunakan sebarang mesin. Hanya menggunakan tangan sahaja.

~ Fathur, 3N3

Kami dapat bermain permainan Kahoot! bersama-sama pelajar-pelajar Sekolah Menengah Lodge. Mereka baru sahaja diperkenalkan kepada permainan itu!

~ Syahirrudeen, 3D

Kami telah bermain permainan Sahibba dengan rakan-rakan baharu kami. Ia amat menyeronokkan kerana kami dapat meluangkan masa bersama-sama.

~ Ilham, 2N2

Balik ke Ruang Utama