Hari kedua, selasa

Kami telah memulakan hari kami dengan bersarapan di restoran hotel kami. Dengan bufet yang amat memuaskan, kami telah menikmati pelbagai hidangan seperti nasi lemak, roti canai, telur omelet dan banyak lagi.

Setelah bersarapan, kami telah berangkat ke Sekolah Menengah Lodge untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang pembelajaran di Sarawak.

Kedatangan kami telah disambut dengan baik oleh guru-guru dan pelajar-pelajar dari sekolah itu. Pelajar-pelajar dari sekolah itu telah mengenakan pakaian-pakaian tradisional mereka dan kami telah dilayani dengan baik oleh mereka di sana.


Kami telah diperkenalkan tentang sekolah itu oleh Encik Thomas Huo Kok Sen, pengarah Sekolah Lodge. Kemudian, kami telah dibawa ke sekeliling kawasan sekolah seperti bilik darjah, gelanggang bola keranjang, dewan dan bilik guru.

Kami juga telah bekerjasama dengan pelajar-pelajar Sarawak cara untuk bermain tujuh biji batu seremban. Secara berkumpulan, kami telah memikirkan bagaimana untuk mempopularkan dan memodenkan permainan ini agar ia akan berkekalan.

Selesai makan ringan, kami telah menuju ke bilik jasmani untuk aktiviti-aktiviti kenal-mengenal seperti Whacko, Blow Wind Blow dan Untangle. Ia amat menyeronokkan kerana kami dapat meluangkan masa bersama-sama pelajar-pelajar di sana.

Setelah makan tengahari di Kampung Budaya Sarawak, kami dapat melihat kebudayaan dan cara hidup tradisional masyarakat Sarawak. Kami dapat mengunjungi rumah-rumah tradisional etnik yang ada di Sarawak seperti rumah panjang Iban dan Bidayuh. Kami juga dapat membuat gelang dengan menggunakan manik-manik yang berwarna-warni.

Kami dapat menonton pertunjukan kebudayaan etnik yang menarik sebelum kami menuju ke Restoran Bukit Mata untuk menikmati hidangan makanan laut yang amat menyelerakan!

Ini adalah beberapa contoh refleksi kami untuk hari ini:

Apakah perkara yang telah saya pelajari dan akan lakukan pada masa hadapan?

Saya telah pelajari bahawa kita harus mengamalkan sikap bertanggungjawab dan inisiatif. Ini adalah sikap-sikap seorang ketua yang dapat memimpin pelajar-pelajar yang lain terutama sekali apabila berada di luar negara.

~ Fathris, 3N1

Saya telah pelajari bahawa saya tidak patut memandang rendah terhadap orang yang tinggal di negara yang lain. Saya tidak menyangka bahawa pelajar-pelajar di Sarawak amat fasih di dalam bahasa Inggeris.

~ Ridhuan, 3N3

Kita harus ada keyakinan diri semasa mengenali seorang kawan yang baru. Kita juga harus berani memperkenalkan diri kita kepada mereka dan bukan mendiamkan diri sahaja.

~ Ilham, 2N2

Balik ke Ruang Utama