Bulan Bahasa dianjurkan setiap tahun dengan tujuan menggalakkan penggunaan dan penghayatan Bahasa Melayu, memupuk semangat kemasyarakatan yang kukuh, membina identiti budaya, serta menanamkan rasa bangga dalam penggunaan Bahasa Melayu di Singapura melalui pelbagai program dan aktiviti.
Sebagai sebahagian daripada Bulan Bahasa, pelajar yang mempunyai minat mendalam terhadap Bahasa Melayu dan budaya Melayu akan dilantik sebagai Rakan Bahasa selama setahun untuk menjadi teladan dalam penggunaan Bahasa Melayu kepada rakan-rakan, sahabat dan keluarga mereka.
Pelajar yang dicalonkan sebagai Rakan Bahasa akan diberi peluang untuk memperhalusi kemahiran penyampaian, membina keyakinan diri, dan menghargai budaya Melayu sebagai duta Bahasa Melayu.
Rakan Bahasa 2024:
ANDRI BIN ANDI HIDAYAT 3B
NUR ALIAH UMAIRAH BINTE ALI 3G