2023,2024,2025
Pertandingan Gen G Podcast ialah pertandingan peringkat kebangsaan yang mendorong pelajar sekolah rendah dan menengah menghasilkan podcast kreatif dalam Bahasa Melayu.
Melalui pertandingan ini, peserta membincangkan pelbagai isu berkaitan bahasa, seni, dan kepimpinan, sambil memperkukuh penguasaan serta apresiasi terhadap Bahasa Melayu. Sebelum menghasilkan podcast, pelajar menghadiri bengkel teknik rakaman dan penyampaian daripada pakar media. Podcast dinilai berdasarkan penggunaan bahasa, isi kandungan, dan kreativiti penyampaian.
Matlamat utama pertandingan ini ialah untuk memupuk minat generasi muda terhadap Bahasa Melayu melalui medium digital yang menyeronokkan, relevan dan bermakna dalam kehidupan seharian. - Berita Harian SG
Sempena Bulan Bahasa 2025, pelajar dikehendaki untuk mereka puisi asli dalam Bahasa Melayu yang menggambarkan pandangan, pengalaman, atau harapan mereka terhadap perjalanan enam dasawarsa Singapura. Karya yang dihasilkan perlu mencerminkan semangat kebangsaan, identiti budaya, serta apresiasi terhadap bahasa dan seni.
Puisi terpilih akan diterbitkan dalam zine interaktif Hadiah Mata Tinta 2025, yang bertujuan mengetengahkan bakat baharu serta menggalakkan masyarakat umum untuk terus menulis, membaca, dan menghargai keindahan Bahasa Melayu. - Meja Conteng
Rentas Pantas bertujuan untuk memupuk rasa cinta dan minat terhadap bahasa dan budaya Melayu dalam kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah. Misi kami adalah untuk mengadakan program dan aktiviti khas yang dapat memperkaya pengalaman pembelajaran pelajar menggunakan kaedah pembelajaran melalui permainan. Setiap tahun, Rentas Pantas akan mengadakan sebuah acara gah yang berkonsepkan ‘Amazing Race’ yang mana para pelajar akan dapat menyelami budaya dan bahasa Melayu menerusi stesen-stesen permainan tertentu dengan lebih mendalam. - Perbayu NTU NIE
Pertandingan ini bertujuan untuk menggalakkan penggunaan Bahasa Melayu dengan menguji perbendaharaan kata para pelajar dalam suasana berasaskan permainan - Sekolah Menengah Changkat Changi (Penganjur)