Perbualan Berdasarkan Video
Tonton video-video di bawah ini.
Tonton video-video di bawah ini.
Tema: Pembelajaran
Contoh-contoh soalan:
Bagaimanakah guru di sekolah kamu menjadikan pembelajaran lebih seronok di dalam bilik darjah?
Pernahkah kamu belajar bersama guru dan rakan-rakan kamu di luar bilik darjah? Ceritakan.
Jika diberi pilihan, adakah kamu lebih suka belajar di dalam atau di luar bilik darjah? Mengapa?
Jika kamu salah seorang murid dalam video tersebut, adakah kamu akan berasa seronok semasa pelajaran disampaikan? Mengapa?
Ceritakan satu pelajaran yang kamu dapati menarik dan menyeronokkan untuk kamu pelajari.
Selain belajar di dalam kelas, bagaimanakah kamu boleh mempelajari perkara baharu?
Tema: Keselamatan
Contoh-contoh soalan:
Nyatakan perbuatan salah yang kamu lihat dalam video ini.
Bagaimanakah kamu boleh menggalakkan anggota keluarga kamu untuk menjaga keselamatan di tempat awam/di rumah?
Bagaimanakah kita boleh menggalakkan seseorang menjaga keselamatan?
Apakah yang dilakukan di sekolah kamu untuk menggalakkan murid-murid menjaga keselamatan?
Pada pendapat kamu, adakah penting untuk kita menjaga keselamatan di tempat awam? Mengapa?
Jelaskan perkara yang boleh dilakukan oleh keluarga kamu untuk memastikan yang kamu mematuhi peraturan keselamatan?
Selain daripada insiden yang terpapar dalam video, jelaskan satu insiden lain yang mengingatkan kamu akan pentingnya menjaga keselamatan.
Tema: Kebersihan
Contoh-contoh soalan:
Jika kamu salah seorang murid dalam video ini, bagaimanakah perasaan kamu semasa melakukan aktiviti itu? Mengapa?
Bagaimanakah kamu boleh menggalakkan anggota keluarga/rakan kamu untuk menjaga kebersihan?
Setujukah kamu bahawa pihak sekolah bertanggungjawab untuk mendidik murid-murid menjaga kebersihan? Mengapa?
Tema: Membuat Kerja di Rumah
Contoh-contoh soalan:
Sekiranya kamu budak lelaki dalam video tersebut, adakah kamu gembira melakukan kerja rumah? Mengapa?
Bagaimanakah kamu boleh menggalakkan ahli keluarga agar bekerjasama dan melakukan kerja rumah bersama-sama? Terangkan.
Pada pendapat kamu, adakah murid-murid sekolah rendah terlalu muda untuk membuat kerja rumah? Mengapa?