KOLEKSI SOALAN SPM

NAK PANDAI MATEMATIK, BANYAKKAN LATIHAN

AKU GAGAL MATEMATIK?

Caranya.. anda hanya perlu memahami tip-tip berikut.

1. Fokus kertas 2

- Markah penuh kertas 2 adalah 100 markah.

- Cuba target untuk dapat sekurang-kurangnya 40 hingga 50 markah dalam kertas 2.

Susah ke nak dapat 40 markah?

Sebenarnya tak lah susah sangat. Lihat tip berikut...

2.Kuasai sekurang-kurangnya tiga bab di bahagian B

- Setiap soalan bahagian B bernilai 12 markah dan lazimnya, soalan bahagian B arasnya mudah dan sederhana sahaja, dan soalannya pula soalan rutin.Tidak pernah ada soalan KBAT dari bahagian B.

Jadi jika anda berjaya kuasai tiga soalan bahagian B, anda dah boleh dapat 36 markah. Selalunya topik yang menjadi pilihan ialah Statistik, Graf fungsi serta pelan dan dongakan.

- Kalau dapat kuasai lagi satu soalan di bahagian B, iaitu antara tajuk penjelmaan dan bumi sebagai sfera, lagi lah senang nak lulus. Silap-silap boleh dapat gred C atau C+!

- Soalan bahagian B sangat banyak tip yang boleh diguna pakai untuk skor..nak tau? Jangan malu bertemu cikgu Matematik anda untuk ulangkaji.

3.Kuasai kemahiran penggunaan kalkulator dalam Bahagian A

- Terdapat 11 soalan dalam Bahagian A dan semua soalan itu perlu dijawab. Beberapa soalan dalam bahagian A ini amat mudah serta ringkas untuk dijawab dan mudah mendapat markah jika pelajar dapat kuasai kemahiran penggunaan kalkulator.

Antara topik tersebut adalah persamaan linear serentak (4 markah), matriks (6 markah), persamaan kuadratik (4 markah), isipadu pepejal geometri (4 markah) dan bulatan (6 markah ).

Daripada banyak-banyak soalan ini, kalau dapat curi beberapa markah bagi setiap soalan pun dah ok, dengan bantuan kalkulator.. macam mana nak guna kalkulator untuk soalan-soalan ini?


4.Mahir teknik menjawab yang ringkas, mudah dan tepat mengikut skema pemarkahan SPM

- Antara topik bahagian A yang mempunyai tip pantas menjawab seperti topik set, ketaksamaan linear, penaakulan Matematik, kebarangkalian, garis lurus, sudut antara garis dan satah serta topik kecerunan dan luas di bawah graf.

Topik-topik berikut mempunyai teknik khas dalam menjawab, agar pelajar dapat mencuri sedikit markah daripadanya, walaupun pelajar itu lemah dalam matematik..