Matematik/ Add Maths

bersama cikgu_hni


Selamat Datang ke Laman Sites cikgu. Semoga semua warga sekolah khususnya dan juga warga siber amnya memperoleh maklumat bermanfaat daripada laman ini.

Semoga anak - anak murid semua terus bersemangat untuk menuntut ilmu walau dalam keadaan sekarang, anak - anak terpaksa belajar dari rumah, tanpa kehadiran cikgu disisi, Namun anak - anak perlu ingat, banyak kaedah dan peluang yang kita ada untuk meneruskan niat murni kita. Di zaman serba canggih ini, cikgu yakin semua maklumat di hujung jari, semuanya bergantung pada diri masing - masing, NAK atau TAK NAK.

Cikgu sangat berharap anak - anak tidak mengambil kesempatan untuk tidak terlibat dengan PDPR yang terpaksa kita tempuhi.

Semoga semua baik - baik sahaja, stay at home...take care.

KLIK KELAS PDPR 2022 / 2023

Antara tip mudah belajar MATEMATIK yang boleh anda buat adalah:


Fokus dalam kelas

Jangan leka dan fokus dengan apa yang cikgu ajar dalam kelas. Ia membantu anda agar tidak mengulangkaji pelajaran saat akhir ketika peperiksaan menjelang tiba. Misalnya tidur lewat kerana ulangkaji, hanya untuk menjawab kertas peperiksaan keesokan paginya. Tindakan ini hanya akan menyebabkan anda mengantuk, letih, dan tertekan.

Fahami soalan dan kaedah menyelesaikannya

Penting bagi seorang pelajar untuk memahami soalan yang diberikan oleh guru. Bertenang, elakkan tekanan dan cuba baca dengan betul soalan yang dinyatakan. Kemudian… lapangkan fikiran dan fikir, sesukar manapun soalan, anda pasti akan dapat menjawabnya, sekiranya anda faham kaedah untuk menyelesaikannya.

Latihan berkumpulan

Latihan berkumpulan membantu seseorang itu menguasai subjek Matematik. Selain dapat bertukar pandangan dan formula, anda juga dapat melatih pemikiran anda untuk fokus terhadap persoalan yang diberi. Ia secara tidak langsung dapat tajamkan daya ingatan anda dalam pembelajaran.

INGAT! Cuba kreatifkan gaya belajar anda… belajar bersama secara berkumpulan ini sedikit sebanyak dapat membantu anda menjadi lebih seronok dan fokus ketika belajar.

Banyakkan membuat latihan

Ingat kembali apakah rumusan yang diajar oleh guru ketika berada di dalam kelas. Setiap soalan itu bukan hanya perlukan jawapan, malah kaedah penyelesaiannya juga perlu dinyatakan bersama. Justeru, lakukan sebanyak mungkin latihan menjawab soalan sebelum hari peperiksaan. Jika anda musykil dengan soalan yang diberi, bertemulah cikgu anda untuk dapatkan kaedah bagaimana untuk selesaikannya. Tindakan ini membantu anda menghafal dan sudah terbiasa dengan soalan yang bakal anda jawab pada hari peperiksaan besar nanti.

Jangan berat mulut dan malu

Janganlah berat mulut dan malu bertanya. Sedangkan banyak bertanya itu, akan dapat membantu anda menjadi lebih cekap menjawab soalan.

Misalnya, pada waktu rehat atau selepas sekolah, anda boleh bertemu dengan guru Matematik di bilik guru. Nyatakan persoalan jika anda masih lagi keliru dengan formula yang ditunjukkan di dalam kelas. Selepas itu lakukan ulangkaji dan cubalah untuk ingat apa sahaja yang diajar oleh guru kepada anda.

Selamat berjaya semua.


Ini enam tip mudah kuasai Matematik!

Mari kita jadikan amalan berterusan.


# Sentiasa buat latihan. Sentiasa!

# Luang masa minima 10 minit untuk latihan secara bertulis atau lisan (congak/hafalan sifir)

# Mulakan soalan yang rendah dulu arasnya.

# Pastikan penambahan dan penolakan nombor bawah 20 anak-anak dah mahir dan cekap.

# Hafal sifir. Sifir adalah jantung Matematik.

# Latihan yang sama boleh diulang-ulang walau kamu dah pandai jawab. Latih kecekapan dan kepantasan pula.