TEMPAT TERHAD : 20 Pasukan sahaja setiap kategori
TEMPAT TERHAD : 20 Pasukan sahaja setiap kategori
1.0 PENGENALAN INNOVATE STACK CHALLENGE
INNOVATE STACK CHALLENGE merupakan Pertandingan Sukan Stacking Relay 3-6-3 yang bertujuan mencungkil bakat murid serta menggalakkan penglibatan aktif dalam aktiviti berasaskan kemahiran, kepantasan dan kerjasama berpasukan. Pertandingan ini melibatkan kemahiran menyusun dan menyahsusun cawan khas mengikut urutan tertentu dalam tempoh masa yang ditetapkan, sekali gus meningkatkan koordinasi mata dan tangan, fokus, ketangkasan serta semangat berpasukan dalam kalangan murid. Pertandingan ini bertujuan untuk mencapai objektif berikut :
Menguasai kemahiran asas dan teknik sukan stacking Relay 3-6-3.
Meningkatkan koordinasi mata dan tangan serta kemahiran motor halus.
Memupuk semangat kerjasama, disiplin dan tanggungjawab dalam pasukan.
Mencungkil bakat murid untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.
Membina keyakinan diri dan daya saing yang sihat dalam kalangan peserta.
2.0 MAKLUMAT PERTANDINGAN
2.1 Pertandingan ini adalah sebanyak RM20.00 secara tunai setiap pasukan.
2.2 Penyertaan terdiri daripada empat (4) orang murid daripada sekolah yang sama dan seorang (1)
guru pembimbing.
2.3 Pertandingan ini terbahagi kepada 2 kategori :
a. Kategori Sekolah Rendah
b. Katgegori Sekolah Menengah
2.4 Setiap sekolah dibenarkan menghantar maksimum dua (2) pasukan sahaja
2.5 Pendaftaran hendaklah menggunakan satu (1) akaun e-mel rasmi sekolah sahaja semasa
mengisi borang pendaftaran.
2.6 Pendaftaran hanya dianggap sah dan lengkap setelah pihak sekolah menerima e-mel pengesahan
daripada pihak penganjur.
3.0 FORMAT PERTANDINGAN
3.1 Acara yang dipertandingkan:
● Relay 3-6-3 Berpasukan
3.2 Setiap pasukan terdiri daripada:
● 4 orang peserta
3.3 Sistem pertandingan:
● 3 kali percubaan dalam kumpulan
● Masa terpantas dicatat
4.0 PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
4.1 Pertandingan ini terbuka kepada murid sekolah rendah ( Tahun 1 hingga Tahun 6 ) dan
sekolah menengah (Tingkatan 1 hingga 5) warganegara Malaysia di sekolah kerajaan dan
sekolah bantuan kerajaan sahaja.
4.2 Penyertaan mesti terdiri daripada empat (4) orang murid dan seorang (1) guru pembimbing.
4.3 Ahli pasukan mestilah dari sekolah yang sama.
4.4 Pertukaran ahli kumpulan selepas pendaftaran tidak dibenarkan.
4.5 Semua peserta mesti menggunakan peralatan sukan stacking yang diiktiraf oleh World Sport
Stacking Association (WSSA), iaitu:
Cawan (Speed Stacks® Cup)
Mat (Speed Stacks® Mat)
Pemasa (Speed Stacks® Timer)
4.6 Dalam acara Relay 3-6-3 berpasukan, pasukan sekolah yang mencatat masa terpantas akan
diisytiharkan sebagai pemenang.
4.7 Sekiranya terdapat peserta atau pasukan yang mencatat masa yang sama, penentuan kedudukan
akan dibuat berdasarkan rekod masa kedua terpantas.
4.8 Hakim pertandingan akan menentukan pemenang berdasarkan masa sah yang terpantas tanpa
sebarang kesalahan teknikal mengikut peraturan WSSA.
4.9 Jurulatih atau guru pengiring hanya dibenarkan berada di belakang peserta sepanjang
pertandingan berlangsung dan tidak boleh memberi bantuan semasa peserta sedang bertanding.
4.10 Pihak penganjur berhak membatalkan kelayakan peserta jika didapati melanggar syarat dan
peraturan.
4.11 Keputusan juri adalah muktamad dan rayuan atau bantahan dalam apa jua bentuk tidak akan
dipertimbangkan.
4.12 Semua peraturan tertakluk pada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.
** Pemenang dari Tempat Pertama hingga Tempat ke-5 **
** Sijil Penyertaan Peringkat Negeri **
5.0 PROSES PENILAIAN
5.1 Masa pertandingan akan dikira bermula daripada isyarat permulaan sehingga peserta terakhir
selesai melengkapkan cabaran Relay 3-6-3.
5.2 Pemenang ditentukan berdasarkan catatan masa terpantas tanpa sebarang kesalahan teknikal
mengikut peraturan WSSA.