PUSAT SUMBER SEKOLAH
AL-HIDAYAH
PENYELARAS
PN. ROHANI BT NGAH
SETIAUSAHA
PN. NOORDIANA BINTI YUSOF
PEN. SETIAUSAHA
PN. NORZURAINI BINTI ZUBER
SESI 2024
SELAMAT DATANG
Salam sejahtera
Kita berjaya membangunkan portal pusat sumber SJKTLDGBMR ini. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus dalam merealisasikan usaha ini, khususnya kepada para guru, staf sokongan, serta ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan penuh.
Portal ini diwujudkan bagi memperkayakan pengalaman pembelajaran warga sekolah dengan menyediakan akses mudah kepada pelbagai bahan bacaan dan rujukan yang bermanfaat. Adalah diharapkan agar semua murid, guru, serta warga sekolah memanfaatkan sepenuhnya kemudahan yang disediakan melalui portal ini.
Marilah kita bersama-sama memupuk budaya membaca dan menimba ilmu tanpa batasan. Semoga portal ini menjadi platform yang berkesan dalam memperkukuhkan amalan membaca serta meningkatkan pencapaian akademik sekolah kita.
Sekian, terima kasih.
MAKLUMAN
1. Pusat Sumber Sekolah akan beroperasi pada:
a) waktu rehat - 10.00 - 11.00 pagi
b) waktu balik - 2.30 - 3.30 ptg (Ahad - Rabu)
2.00 - 3.00 ptg (Khamis)
2. Murid-murid yang belum mempunyai kad pinjaman boleh membuat permohonan di kaunter pinjaman buku.