Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurnia-Nya kita masih diberi peluang dan ruang untuk terus mencurahkan khidmat bakti di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Badlishah. Marilah kita bersama-sama bersinergi untuk memikul tanggungjawab dan amanah yang diberikan dengan penuh jujur, dedikasi dan komited bagi merealisasikan visi dan misi sekolah dalam kerangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 -2015. UNGGUL 2025 merupakan manual pengurusan sekolah untuk rujukan dan panduan guru-guru serta Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) dalam rangka perancangan dan pelaksanaan tugas dengan lebih efisien dan berfokus dalam semua aspek sepanjang tahun 2025 bagi merealisasikan kecemerlangan sekolah sejajar dengan etos A LEGACY PAR EXCELLENCE.
Seorang guru perlu jujur dan amanah, mempunyai jati diri dan sentiasa meneroka potensi diri. Guru juga perlu memiliki semangat yang tinggi dan komitmen yang padu untuk mendidik anak bangsa menjadi modal insan yang terbaik. Oleh itu, guru sebagai pemangkin, berperanan untuk memastikan pembentukan jati diri murid yang kukuh dan berkeyakinan tinggi berlandaskan prinsip Rukun Negara serta nilai-nilai murni dalam kehidupan. Karisma seorang guru amat dituntut kerana guru memegang amanah besar bagi melahirkan generasi masa hadapan yang mempunyai kecemerlangan ilmu, keluhuran adab sopan, kemantapan integriti dan sahsiah diri yang unggul.
Sebagai pendidik, kita diamanahkan dengan tanggungjawab yang besar untuk membentuk dan mendidik generasi masa depan. Di tengah-tengah perkembangan teknologi yang pesat, khususnya dalam bidang kecerdasan buatan, kita dihadapkan dengan pelbagai cabaran baharu yang memerlukan pendekatan dan strategi yang bijak serta berkesan. Guru bukan sahaja sebagai penyampai ilmu, tetapi juga sebagai pembimbing yang membantu pelajar menavigasi dunia yang kompleks ini. Dengan kecerdasan buatan yang semakin mempengaruhi pelbagai aspek kehidupan, guru perlu bersedia untuk mengintegrasikan teknologi ini dalam pengajaran dan pembelajaran, sambil memastikan nilai-nilai kemanusiaan dan etika tetap terpelihara. Marilah kita bersama-sama menghadapi cabaran ini dengan semangat inovasi dan dedikasi, demi melahirkan generasi yang bukan sahaja celik teknologi tetapi juga berakhlak mulia.
Saya yakin dan percaya bahawa Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Badlishah mampu menyediakan landskap pembelajaran yang terancang dan inovatif dalam usaha membentuk modal insan yang berkualiti. Kita memiliki sumber yang diperlukan untuk membawa perubahan yang diingini. Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Badlishah mampu menjadi wadah terbaik untuk melahirkan insan yang mempunyai kecemerlangan ilmu dan keunggulan sahsiah yang akhirnya menjadi pemimpin yang dapat menyempurnakan tuntutan agama, bangsa dan negara. Di sini lahirnya pemimpin masa hadapan.
Sebagai sebuah sekolah yang mempunyai inspirasi yang tinggi untuk menempa nama di persada negara dan dunia pendidikan seantero dunia, penggemblengan tenaga dan usaha daripada warga sekolah amat diharapkan supaya dapat menguasai ilmu untuk menghasilkan pendidikan berkualiti demi meningkatkan kecemerlangan akademik melalui pengurusan sekolah yang cekap dan efisien. Marilah kita bersatu hati menyemarakkan dan menghayati Aspirasi 5A – Cemerlang dalam Akademik, Agama dan Akhlak serta terlibat Aktif sehingga ke peringkat Antarabangsa dalam kalangan murid SMK Sultan Badlishah. Selamat menjalankan tugas untuk Sesi Akademik 2025.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera kepada semua guru dan staf Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Badlishah.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurnia-Nya kita masih diberi peluang dan ruang untuk terus mencurahkan khidmat bakti di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Badlishah. Marilah kita bersama-sama bersinergi untuk memikul tanggungjawab dan amanah yang diberikan dengan penuh jujur, dedikasi dan komited bagi merealisasikan visi dan misi sekolah dalam kerangka Sekolah Transformasi TS25, Sekolah Kelas Seliaan Negeri (KSN), Sekolah Rintis SUMUR dan Sekolah Cemerlang KBAT.
Sesungguhnya, UNGGUL 2024 merupakan manual pengurusan sekolah untuk rujukan dan panduan guru-guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) dalam rangka perancangan dan pelaksanaan tugas dengan lebih efisien dan berfokus dalam semua aspek sepanjang tahun 2024 bagi merealisasikan kecemerlangan sekolah sejajar dengan slogan A LEGACY PAR EXCELLENCE.
Seorang guru perlu jujur dan amanah, mempunyai jati diri dan sentiasa meneroka potensi diri. Guru juga perlu memiliki semangat yang tinggi dan komitmen yang padu untuk mendidik anak bangsa menjadi modal insan yang terbaik. Oleh itu, guru sebagai pemangkin, berperanan untuk memastikan pembentukan jati diri murid yang kukuh dan berkeyakinan tinggi berlandaskan prinsip Rukun Negara serta nilai-nilai murni dalam kehidupan. Karisma seorang guru amat dituntut kerana guru memegang amanah besar bagi melahirkan generasi masa hadapan yang mempunyai kecemerlangan ilmu, keluhuran adab sopan, kemantapan integriti, dan sahsiah diri yang unggul.
Murid kita pada hari ini, adalah mereka yang berada dalam era baharu, yang dipenuhi dengan kepesatan perubahan alat teknologi yang semakin pantas dan meluas kebolehcapaiannya. Murid kita pada hari ini, dibanjiri lambakan maklumat dan persaingan untuk menghasilkan teknologi lebih maju, yang sudah pasti membawa bersama-samanya, kesan yang tidak selalunya mendatangkan manfaat pada semua. Justeru, perubahan selaju pergerakan cahaya ini, memerlukan kesiapsagaan guru untuk membentuk murid yang tinggi jati dirinya namun pada masa yang sama mampu berdaya saing intelektualnya.
Saya yakin dan percaya bahawa Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Badlishah mampu menyediakan landskap pembelajaran yang terancang dan inovatif dalam usaha membentuk modal insan yang berkualiti. Kita memiliki sumber yang diperlukan untuk membawa perubahan yng diingini. Maka Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Badlishah mampu menjadi wadah terbaik untuk melahirkan insan yang mempunyai kecemerlangan ilmu dan keunggulan sahsiah yang akhirnya menjadi pemimpin yang dapat menyempurnakan tuntutan agama, bangsa dan negara. Di sini lahirnya pemimpin masa hadapan.
Sebagai sebuah sekolah yang mempunyai inspirasi yang tinggi untuk menempa nama di persada negara dan dunia pendidikan, penggemblengan tenaga dan usaha daripada warga sekolah amat diharapkan supaya dapat menguasai ilmu untuk menghasilkan pendidikan berkualiti demi meningkatkan kecemerlangan akademik melalui pengurusan sekolah yang cekap dan efisien. Marilah kita bersatu hati menyemarakkan dan menghayati aspirasi 5A – Akademik, Agama, Akhlak dan Aktif pada peringkat Antarabangsa dalam kalangan murid SMK Sultan Badlishah.
Selamat menjalankan tugas untuk Sesi Akademik 2024.
Kami warga SMK Sultan Badlishah dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:
Ø Melaksanakan program pendidikan secara berkesan berasaskan budaya ilmu selaras visi Kementerian Pendidikan Malaysia.
Ø Melahirkan murid yang dapat menghayati dan mengamalkan nilai– nilai murni dan berketerampilan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Ø Memberi peluang pendidikan yang adil kepada setiap murid tanpa mengira kaum, latar belakang dan agama.
Ø Mengurus kerja dengan cekap, ikhlas dan bijaksana.
Ø Mewujudkan iklim pengajaran dan pembelajaran seiring dengan pembudayaan KBAT dan perkembangan teknologi pendidikan yang terkini.
Ø Sentiasa berusaha meningkatkan kecemerlangan dalam aspek kurikulum, sahsiah dan kokurikulum selaras dengan aspirasi murid 5A semua murid SMK
Sultan Badlishah cemerlang dalam Akademik, Agama, Akhlak dan terlibat Aktif sehingga ke peringkat Antarabangsa.
Ø Memastikan keselamatan fizikal dan keceriaan sekolah yang kondusif untuk Pengajaran dan Pembelajaran yang berkesan.
Ø Memastikan kakitangan sekolah sentiasa peka dan responsif kepada kehendak–kehendak dan keperluan murid, guru, masyarakat dan negara.
Ø Sentiasa berusaha meningkatkan profesionalisme keguruan dalam kalangan para pendidik menerusi pelbagai program pembangunan profesionalisme yang
terancang.