Saya ingin merakamkan penghargaan yang sebesar-besarnya kepada Pensyarah Puan Khoo Swee Ling, di atas segala bimbingan, tunjuk ajar, dan sokongan yang diberikan sepanjang pengajian saya dalam bidang EDUP2122 Pentaksiran Bilik Darjah. Dedikasi dan komitmen beliau dalam menyampaikan ilmu serta kefahaman yang mendalam mengenai bidang ini yang sangat positif kepada saya.
Pengalaman belajar di bawah bimbingan beliau tidak hanya memperkaya pengetahuan saya dalam aspek Pentaksiran Bilik Darjah, tetapi juga mengasah kemahiran praktikal yang sangat berguna dalam bidang bilik darjah. Saya amat menghargai segala usaha beliau untuk memastikan setiap pelajar mendapat pemahaman yang jelas dan dapat mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dalam kehidupan seharian dan kerjaya kami di masa depan.
Sekali lagi, terima kasih kepada Pensyarah Puan Khoo Swee Ling atas segala dedikasi dan komitmennya. Saya amat bersyukur kerana berpeluang menimba ilmu daripada seorang pendidik yang sangat berdedikasi dan penuh inspirasi.