Primer merujuk kepada yang utama atau yang terpenting.
Sekunder merujuk kepada perkara kedua yang terpenting.
Sumber ini belum diolah, ditafsir atau diterbitkan.
Bersifat asli.
Boleh juga merupakan seseorang yang mempunyai pengalaman langsung dari sesuatu peristiwa.
Contohnya, apabila saya menulis surat kepada rakan baik saya, Sarah, surat itu adalah sumber primer kerana kandungan surat adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri.
Bahan yang dihasilkan menggunakan sumber primer.
Bahan yang telah diolah dan diterbitkan.
Bahan tersebar kepada umum.
Contohnya, apabila saya membaca artikel berita tentang seorang penyanyi, itu adalah sumber sekunder kerana seorang wartawan telah melaporkannya selepas mewawancara penyanyi itu.