Saya bercita-cita menjadi seorang wartawan. Ikuti saya dalam pengembaraan untuk belajar tentang COVID-19 dan mencari maklumat yang tepat!
Saya ternampak banyak idea kreatif daripada rakyat Malaysia untuk melindungi diri daripada virus COVID-19 semasa Printah Kawalan Pergerakan (PKP).
Biar betul!
Superman membeli beras semasa COVID-19
Adiwira pun lapar juga, kan?
T-Rex membeli-belah untuk hari jadinya!
Adakah anda akan memakai pakaian dinosaur untuk membeli-belah?
Tiada pelitup muka? Pakai ini.
Seorang pembantu trafik di Indonesia menggunakan botol plastik sebagai pelindung muka.
Apakah 2 perkara yang paling pelik atau lucu yang anda dengar tentang COVID-19?
Klik '+' untuk menulis pada dinding digital di bawah. Anda juga boleh kongsikan gambar, video dan pautan laman sosial.
Tahukah anda...
Persoalan paling besar tentang COVID-19 merupakan asal-usulnya. COVID-19 dipanggil sebagai 'novel' coronavirus yang bermaksud ia merupakan sejenis virus coronavirus yang baharu dan tidak pernah ditemui dalam penyiasatan saintis sebelum ini.
Menurut sejarah, terdapat pelbagai jenis coronavirus yang lain yang pernah membunuh ramai orang sebelum ini. Contohnya, Severe Acute Respiratory Syndrome coronavirus atau SARS-CoV(yang dikenali sebagai SARS) telah menjangkiti seramai 8,093 orang pada tahun 2003 dan membunuh lebih daripada 700 orang.
Persoalannya, kenapakah sekarang tiba-tiba muncul virus yang baharu?
Bagaimanakah virus ini muncul?
Anda mesti tertanya-tanya juga, kan?
Saya pun sama.
Mari kita lihat apa yang telah dibincangkan tentang COVID-19 sehingga kini.
Percayalah Cakap Aku
Khabar angin amat mengelirukan terutamanya semasa pandemik COVID-19. Berita palsu turut menakutkan dan membimbangkan rakyat.
Bolehkah anda menolong saya mengenal pasti yang manakah berita benar dan yang mana palsu?