LOGO SEKOLAH

Rupa bentuk keseluruhan lencana menyerupai sebuah perisai. Hal ini adalah selaras dengan kepercayaan dahulu kala bahawa bentuk sebegini dapat menghindari semua kejahatan musuh.

Warna biru tua dan biru muda merupakan warna bagi dua buah institusi yang unggul, iaitu Oxford dan Cambridge. Warna-warna ini telah dijadikan warna rasmi bagi sebuah lagi sekolah yang unggul-Victoria Institution. Warna biru tua membentuk huruf ‘VI’.

Garis tepi yang berwarna putih melambangkan kesucian dari segi fizikal dan mental.