MAKLUMAT PERTANDINGAN TVPSS NEGERI KEDAH TAHUN 2024
Objektif:
Mempertingkat kemahiran digital dan inovasi dalam kalangan murid
Mempertingkat kemahiran merancang murid dalam membuat bahan inovasi
Mempertingkat kreativiti murid dalam membangunkan bahan inovasi.
Melatih murid mempraktikkan kemahiran berkomunikasi, didedahkan kepada aspek-aspek kewartawanan, penulisan berita dan elemen-elemen lain ketika penghasilan bahan pendidikan.
Membina dan meningkatkan keyakinan melalui pengalaman berhadapan dengan kamera video dan khalayak yang ramai.
Pertandingan TVPSS 2024 diharap dapat:
Melahirkan murid yang Kreatif dan Inovatif dengan menyediakan pembelajaran yang menjurus ke arah Pendidikan Digital
Menjayakan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan menyokong pelaksanaan PPPM 2013-2025, terutamanya yang berhubung dengan Anjakan 7, iaitu Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran sekaligus dapat menyokong kualiti kemenjadian murid sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Murid dapat menguasai pelbagai kemahiran kognitif termasuk penyelesaian masalah, penaakulan dan pemikiran kreatif dan inovatif sekaligus menyokong kemahiran berfikir dalam Aspirasi Murid yang termaktub dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 -2025.
TEMA 2024
ENVIRONMENTAL FACTORS
Jejak karbon / Carbon Footprint atau
Pencemaran udara dan air / Air and water pollution atau
Pengurusan sisa / Waste management
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
Penghasilan video mestilah dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris SAHAJA
Hanya video yang dihasilkan pada tahun 2023 hingga 2024 sahaja dibenarkan untuk penyertaan.
Setiap video penyertaan mestilah mematuhi format TVPSS seperti yang dinyatakan dalam KIT TVPSS Kebangsaan.
Durasi video: Tidak melebihi 5.00 minit, genre adalah bebas (dokumentari / temubual / tutorial / PDPc dan lain-lain) sama ada di dalam atau di luar sekolah.
Kualiti video amat dititik beratkan.
Cara penghantaran penyertaan adalah menggunakan borang yang disediakan. Pihak sekolah hanya perlu memasukkan pautan (link) video daripada channel Youtube TVPSS masing-masing dalam format MP4.
Keputusan juri adalah muktamad.
Cara penghantaran penyertaan adalah menggunakan borang yang disediakan. Kesemua bahan ini perlu dihantar kepada urusetia melalui pautan (link google form) yang disediakan.
Tarikh akhir menghantar pencalonan peserta adalah pada 15 Mei 2024
Penyertaan terbuka kepada semua sekolah KPM.