Berdasarkan Pemetaan Fungsi BSTP kepada JPN (SSTP) dan PPD (USTP) terdapat 4 Bidang utama iaitu :
Dasar & Kualiti Sumber & Teknologi Pendidikan
Pengintegrasian Teknologi Pendidikan
Pembangunan Bahan Pembelajaran
Pelantar Pembelajaran
Berikut merupakan pecahan tugas USTP berdasarkan 4 Bidang utama tersebut.
1. Dasar & Kualiti Sumber & Teknologi Pendidikan
Melaksana aktiviti sumber dan teknologi pendidikan yang dirancang.
Membantu penilaian penggunaan teknologi dalam pdp dan pengurusan sekolah.
Menyelaras penggunaan premis sebagai pusat latihan pembangunan sumber dan teknologi pendidikan di peringkat daerah.
2. Pengintegrasian Teknologi Pendidikan
Memeberi khidmat bantu, bimbingan dan kepakaran dalam pengintegrasian teknologi pendidikan dan literasi digital dalam pdp dan pdt.
Memantau dan memberi khidmat sokongan pembangunan pusat sumber sekolah, program galakan membaca dan literasi maklumat.
3. Pembangunan Bahan Pembelajaran
Memberi khidmat bantu dan bimbingan penyediaan dan penerbitan bahan multimedia, audio dan video pendidikan mengikut piawai yang ditetapkan.
Mengedar dan mempromosi serta memberi khidmat sokongan penggunaan sumber dan teknologi pendidikan.
4. Pelantar Pembelajaran
Memberi khidmat bantu dan bimbingan penggunaan pelantar pembelajaran dan aplikasi sumber pendidikan bagi menyokong pembelajaran digital dan penggunaan pelbagai peranti.
MAP - PKG Bayan Lepas d/a SK Sungai Ara
MAP - PKG Balik Pulau d/a SK Sungai Rusa