📢JARINGAN KEPAKARAN JURULATIH UTAMA SAINS SOSIAL
📢GALERI PELAKSANAAN & PENGURUSAN UJIAN SEGAK & BMI5-9T
Masalah Pengurusan Data
Kesukaran mengemas kini data murid (pertukaran sekolah, nama murid tidak wujud dalam senarai).
Data yang telah disimpan tidak muncul atau hilang daripada rekod.
Tiada fungsi eksport/cetak data untuk semakan pantas.
📢GALERI PELAKSANAAN & PEMANTAPAN SEJARAH
Meningkatkan kefahaman pedagogi sejarah
Membantu guru bukan opsyen sejarah dan guru baharu memahami konsep asas pengajaran dan pembelajaran Sejarah di sekolah rendah selaras dengan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP).
Mendedahkan pendekatan Kajian Kes sebagai strategi PdP Sejarah
Memberi pengetahuan dan kemahiran tentang bagaimana kaedah kajian kes boleh diaplikasikan untuk menjadikan pengajaran Sejarah lebih bermakna, kontekstual dan berpusatkan murid.
Meningkatkan kemahiran merancang dan melaksanakan PdP Sejarah
Membimbing guru dalam menyediakan rancangan pengajaran yang berfokus kepada kajian kes, termasuk penyediaan bahan bantu mengajar, soalan aras tinggi (KBAT), serta aktiviti pembelajaran berasaskan inkuiri.
Meningkatkan keyakinan guru dalam mengajar Sejarah
Membina keyakinan diri guru bukan opsyen sejarah dan guru baharu agar lebih bersedia dan kreatif ketika mengendalikan PdP Sejarah di bilik darjah.
Menyokong usaha memperkukuh kemahiran abad ke-21 (PAK21)
Menerapkan elemen pemikiran kritis, kolaborasi, komunikasi dan kreativiti melalui pelaksanaan kajian kes dalam PdP Sejarah.
Membentuk jaringan profesional guru
Memberi ruang kepada guru untuk berkongsi idea, pengalaman dan amalan terbaik dalam pengajaran Sejarah, sekali gus mewujudkan komuniti pembelajaran profesional (PLC)
SLOT DARI BUKU KE DUNIA DIGITAL
BENGKEL PENGHASILAN KOMIK SEJARAH
PEGAWAI JPN, SISC+ SAINS SOSIAL & PENCERAMAH SSTP
Tahniah kepada barisan Jurulatih Utama Daerah yang diketuai oleh Cikgu PAVITTIRAN A/L GUNASELAN (SK SEKSYEN 19) dan Ketua Panitia Sejarah (Sekolah Rendah)