AKTIVITI - AKTIVITI TERKINI KOMUNITI SAINS SOSIAL
AKTIVITI - AKTIVITI TERKINI KOMUNITI SAINS SOSIAL
Poster bengkel yang membariskan semua Jurulatih Utama Bidang Sains Sosial (SR) PPD Petaling Perdana tahun 2020 - 2021 yang menyertai Taklimat Kepakaran Bengkel Flipped Classroom : FLIPGRID CLASSROOM bagi tujuan simulasi aktiviti.
Aktiviti Kolaboratif peningkatan kepakaran dan kemahiran Jurulatih Utama / MLT dalam PAK21 (Flipped Classroom) melalui kaedah perbincangan dan simulasi kumpulan. MLT berkongsi idea dan pendapat untuk memantapkan pengisian bengkel bersesuaian dengan keperluan pembelajaran semasa.
WAR ROOM PEMBELAJARAN ABAD KE-21
PENASIHAT : PUAN ZAHARIMAH BINTI SUBAINI SISC+ SAINS SOSIAL PPD PETALING PERDANA
PENYELARAS BENGKEL : IZWAR FAHMI BIN HAWARI (Jurulatih Utama Kebangsaan / Pendidikan Seni Visual)
PEN.PENYELARAS : SOPNA A/P ANPAZAGAN (Jurulatih Utama Daerah / Pendidikan Seni Visual)
FASILITATOR PEMBENTANGAN : RAJA ZAINAB BINTI RAJA MUHAIYATDIN (Jurulatih Utama Daerah / PJPK)
FASILITATOR MAKLUM BALAS INTERAKTIF : MUHAMMAD AS'AD BIN CHE COB (Jurulatih Utama Negeri/ Sejarah)
FASILITATOR BAHAN PEMBELAJARAN : MUHAMAD NIZAM BIN KAMARUDDIN AICHUM (Jurulatih Utama Daerah / Sejarah)
FASILITATOR DOKUMENTASI : KALAISELVI VELU & NOR HASLINDA BINTI IBRAHIM (Jurulatih Utama Daerah / Sejarah)
Pelaksanaan bengkel berkonsepkan modular Sains Sosial & Pembelajaran Abad ke-21 bagi tahun 2021 serta KPMPerkasaKU
Pemilihan Kaedah Adaptasi yang bersesuaian dengan tajuk dan nilai dalam buku teks iaitu Tambah & Susun Semula. Input PAK21 diterapkan sebagai futur bahan yang dihasilkan.
Perbincangan pemilihan tajuk dan Standard Pembelajaran serta perancangan papan cerita video yang akan dihasilkan. Pemilihan konsep dan nilai kesederhanaan yang kurang difahami murid-murid di sekolah.
Penghasilan slaid bahan pembelajaran Kaedah Adaptasi Tambah & Susun Semula bagi muka surat 112 & 113. Perbincangan Standard Pembelajaran, objektif dan aktiviti-aktiviti Abad ke-21
Sesi taklimat dan penerangan pelaksanaan adaptasi buku teks secara hibrid di dalam Ballroom M5. Penerangan disampaikan oleh Pegawai Alur Kerja Adaptasi Buku Teks, Bahagian Sumber Teknologi Pendidikan.
Perbincangan kaedah dan kandungan video bersama-sama Penyelaras Adaptasi Pendidikan Moral, Puan Nur Syariza, Pegawai BSTP KPM dan ahli kumpulan Adaptasi Buku Teks Pendidikan Moral. Dua orang Guru Ikon Didik TV KPM turut terlibat sebagai ahli kumpulan.
Sesi rakaman suara di bilik simulasi rakaman untuk penghasilan video pembelajaran Pendidikan Moral. Aktiviti dubbing dan audio PPT MP4 Pendidikan Moral .