UMUM
Semua barang yang dirampas, hanya boleh dituntut oleh ibu bapa atau penjaga sahaja.
Murid yang melanggar peraturan pemilikan, penyimpanan dan penggunaan telefon bimbit, gajet dan komputer riba akan disenarai hitam dan tidak dibenarkan untuk membawa telefon bimbit, gajet dan komputer riba pada masa hadapan.
Murid yang melanggar peraturan tidak layak untuk dibayar ganti rugi akibat kehilangan atau kerosakan barang rampasan semasa dalam simpanan pihak sekolah.
Semua perlanggaran peraturan akan direkodkan di dalam SSDM.
TATACARA TUNTUTAN
Ibu bapa atau penjaga sahaja yang boleh menuntut semula barang yang dirampas.
Tuntutan barang rampasan hanya boleh dibuat pada hari persekolahan sahaja mengikut waktu pejabat.
Sila hantar surat rasmi untuk menuntut semula barang rampasan ke: bra0001@moe.edu.my
Ibu bapa akan dihubungi untuk hadir ke sekolah mengikut waktu yang ditetapkan sahaja.