JUN 2023
UMUM (Bermula sesi persekolahan Penggal 2 2023/2024)
Asrama PUTERA dan Asrama PUTERI adalah KAWASAN BEBAS TELEFON BIMBIT, GAJET DAN KOMPUTER RIBA.
Larangan menggunakan semua punca kuasa elektrik untuk mengecaj semua peralatan elektrik dan elektronik di Asrama.
Semua peralatan elektrik dan elektronik yang dijumpai di asrama, akan dirampas. Tuntutan barang rampasan asrama mestilah mengikut tatacara yang ditetapkan.
Penggunaan telefon bimbit / gajet / komputer riba yang tidak didaftar akan dirampas dan dikenakan tindakan disiplin.
TELEFON BIMBIT:
Tiada lagi kebenaran membawa telefon bimbit diberikan kepada semua murid termasuk semua Badan Kepimpinan Murid KISAS (Ketua Murid, BADAR dan PRS).
Kebenaran khas hanya diberikan kepada murid yang tinggal luar negeri Selangor sahaja bagi memudahkan urusan balik kampung.
Sila muat turun borang kebenaran khas.
Lengkapkan dua (2) salinan.
Serahkan borang kebenaran kepada warden bertugas semasa kutipan telefon bimbit untuk simpanan.
Satu (1) salinan dikepilkan bersama telefon bimbit dan satu (1) salinan lagi akan disimpan di dalam fail.
Serahan telefon bimbit adalah pada malam hari kembali ke asrama di CoE.
Masa serahan adalah pada jam 9.00 malam.
GAJET (TABLET & IPAD) dan KOMPUTER RIBA
Gajet dan komputer riba boleh (tidak WAJIB) dibawa ke sekolah TETAPI di atas risiko sendiri.
TIDAK DIBENARKAN untuk membawa gajet ke asrama.
Sekolah, guru dan warden tidak boleh dipertanggungjawabkan ke atas kehilangan dan kerosakan gajet atau komputer riba sama ada dalam simpanan sendiri atau semasa disimpan di tempat simpanan yang ditetapkan.
Waktu penggunaan gajet: 7.00 pagi hingga 4.30 petang pada hari persekolahan sahaja.
Waktu pengambilan gajet: 6.45 pagi hingga 7.15 pagi.
Waktu pemulangan gajet: 4.30 petang hingga 5.00 petang.
Sila akur semua waktu penggunaan, pengambilan dan pemulangan gajet yang ditetapkan.
Sila muat turun borang Akur Janji membawa gajet/komputer riba.
Pendaftaran gajet dan komputer riba akan dibuat pada hari ISNIN, 5 Jun 2023 jam 9.30 malam.
Stiker kebenaran akan dilekatkan pada gajet dan komputer riba yang telah didaftarkan.
Permohonan secara bersurat kepada Pengetua atau Penolong Kanan HEM perlu dibuat oleh murid / guru yang bertanggungjawab bagi memohon penggunaan pada masa lain yang tidak dibenarkan.
Murid yang mendapat kebenaran / kelulusan khas dari Pengetua atau Penolong Kanan HEM sahaja dibenarkan untuk menggunakan peranti / komputer riba di luar waktu yang ditetapkan.