Kolej Datu Patinggi Abang Haji Abdillah atau nama ringkasnya Kolej DPAH Abdillah, merupakan sebuah sekolah menengah kluster yang terletak di Lorong 1, Siol Kandis, Petra Jaya.
Kolej Datu Patinggi Abang Haji Abdillah telah dirasmikan oleh Perdana Menteri ke-3, Tun Hussein Onn. Diberi gelaran “Eton of Borneo”, kolej dahulunya dikenali sebagai “Datu Patinggi Abang Haji Abdillah Junior Science College“.
Tujuan asal penubuhan kolej adalah untuk menempatkan pelajar-pelajar Tingkatan Enam yang memperolehi keputusan yang baik dalam peperiksaan Tingkatan Lima. Pada tahun kemudiannya, Kolej Abdillah menerima kemasukan pelajar-pelajar Tingkatan Satu hingga Lima dan pada masa yang sama, masih mengekalkan awalan “Kolej”. Kemasukan untuk Tingkatan 6 orang telah dihentikan pada tahun 2005.
Kolej dinamakan bersempena nama Datu Patinggi Abang Haji Abdillah, merupakan penasihat kepada Rajah Vyner Brooke. Beliau merupakan patriot negara kerana menentang penyerahan Sarawak kepada kerajaan British pada tahun 1946.
Sumber:
https://ms.wikipedia.org/wiki/Kolej_Datu_Patinggi_Abang_Haji_Abdillah
Kolej Datu Patinggi Abang Haji Abdillah
Lorong 1, Siol Kandis, Petra Jaya
93050, Kuching
Sarawak, Malaysia
Telefon = 6082440635
Fax = 6082449872
YEB1303@moe.edu.my
Johan Peringkat Kebangsaan
Program My Cyber Hero 2024