FUNGSI SEKTOR PENTAKSIRAN DAN PEPERIKSAAN
Menyelaras pelaksanaan dan pelan tindakan pengurusan pentaksiran dan peperiksaan awam dalam dan luar negara bagi memastikan pengendalian peperiksaan awam dalam dan luar negara berjalan dengan lancar dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Memastikan aspek keselamatan bilik kebal dan kertas peperiksaan mengikut SOP yang ditetapkan.
Menyelaras dan memantau pengurusan pendaftaran calon peperiksaan mengikut bidang dan mata pelajaran.
Menyelaras dan memantau  pelaksanaan pentaksiran pendidikan dan peperiksaan awam dalam dan luar negara
PENGURUSAN TUGAS UTAMA SEKTOR PENTAKSIRAN DAN PEPERIKSAAN
Mengurus dan mengendalikan semua jenis peperiksaan dan pentaksiran yang dianjurkan oleh Lembaga Peperiksaan serta peperiksaan yang dianjurkan oleh Majlis Peperiksaan atau badan-badan lain.
Merancang, mengurus, mengawal dan memastikan pentadbiran dapat dilaksanakan dengan adil, sahih dan amanah.
Memastikan pentaksiran berasaskan sekolah dioperasikan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
Menyedia segala kemudahan untuk menjamin keselesaan semua calon yang mengambil peperiksaan
Memproses dan menyampaikan keputusan dan sijil semua peperiksaan kepada pihak yang berkenaan sebaik sahaja diterima daripada Badan-badan peperiksaan
Menyediakan analisis dan laporan terperinci pencapaian calon dalam semua peperiksaan dan pentaksiran serta menyalurkan maklumat berkenaan kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha memajukan bidang pendidikan.
Mencapai matlamat 'zero defect' dalam pengurusan dan perlaksanaan peperiksaan