ABRSM Sesi 1 dan 2
ABRSM (The Associated Board of Royal Schools of Music) merupakan badan pendidikan antarabangsa yang berpusat di United Kingdom dan merupakan antara badan terbesar dunia yang menawarkan peperiksaan muzik di 93 buah negara
DELF
DELF (Diplôme d’Études en Langue Française) Scolaire merupakan peperiksaan pencapaian bahasa Perancis yang diduduki oleh murid sekolah bawah 18 tahun dan diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Perancis. Peperiksaan ini merangkumi format bertulis dan lisan.
Sijil Vokasional Malaysia (SVM)
Sijil Vokasional Malaysia (SVM) adalah sijil yang diberikan kepada pelajar yang mengikuti program vokasional di Kolej Vokasional Malaysia. Program ini bertujuan untuk melahirkan tenaga kerja yang mahir dan kompeten dalam pelbagai bidang teknikal dan vokasional.
Pelajar yang berjaya menyelesaikan program ini akan menerima SVM serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) berdasarkan tahap kompetensi yang dicapai. Program ini biasanya berlangsung selama dua tahun dan merangkumi komponen teori serta praktikal.
Pengiktirafan SVM oleh Lembaga Peperiksaan (LP) adalah setara dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Lulusan SVM juga akan dianugerahkan dengan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 3. Bagi mereka yang memenuhi syarat, pelajar berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat DVM. Proses akreditasi program DVM dilaksanakan oleh Malaysia Qualifications Agency (MQA) dan Malaysia Board of Technologists (MBOT). Graduan DVM akan berpeluang menjadi tenaga kerja mahir yang kompeten, menyambung pengajian ke tahap yang lebih tinggi dan menjadi usahawan dalam bidang.
Mata Pelajaran Aliran Kemahiran (MPAK)
MPAK = Mata Pelajaran Aliran Kemahiran
Ia adalah satu sistem penilaian alternatif untuk pelajar menengah atas (Tingkatan 4 & 5) yang berada dalam aliran Kemahiran/Vokasional di sekolah menengah harian biasa, bukan Kolej Vokasional.
MPAK adalah satu pendekatan yang menggabungkan:
Amali kemahiran teknikal
Tugasan praktikal
Pentaksiran berasaskan kerja
Pentaksiran sumatif (teori/praktikal)
Ia direka khas untuk pelajar yang mengikuti mata pelajaran kemahiran seperti:
Rekaan dan Jahitan Pakaian
Teknologi Automotif
Penyejukan dan Penyaman Udara
Katering dan Penyediaan Makanan
Pendawaian Elektrik
Dandanan Rambut
Grafik Berkomputer
Dan lain-lain bergantung kepada sekolah
MUAT TURUN :
1. SURAT ARAHAN MUAT TURUN DOKUMEN PENGOPERASIAN MPAK 2025
2. JADUAL KERJA MPAK 2O25
3. JADUAL WAKTU UJIAN BERTULIS MPAK 2025
Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) merupakan peperiksaan pra-universiti yang dikendalikan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Ia adalah salah satu laluan utama bagi pelajar lepasan SPM untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah di universiti awam dan swasta dalam dan luar negara.
Tempoh Pengajian:
Biasanya selama 1 tahun setengah (3 penggal).
Struktur Peperiksaan:
Dibahagikan kepada 3 penggal (Semester 1, 2 dan 3).
Peperiksaan diadakan pada akhir setiap penggal.
Pentaksiran merangkumi peperiksaan bertulis, kerja kursus dan/atau amali makmal (bergantung kepada subjek).
JADUAL PEPERIKSAAN STPM
Jadual Waktu Peperiksaan Semester 1 STPM 2025
Jadual Waktu Peperiksaan Semester 2 STPM 2025
Jadual Waktu JG Semester 1 STPM 2025
Jadual Waktu JG Ulangan Semester 1 STPM 2024
Jadual Waktu JG Ulangan Semester 2 STPM 2024
Jadual Waktu JG Semester 3 STPM 2024