Selamat Datang ke Laman Rasmi SMK Taman Tun Dr. Ismail
5.1 Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.
5.2 Merancang, mengawal selia dan mengemas kini pengurusan profil murid masalah disiplin, ponteng sekolah dan murid berisiko cicir.
5.3 Merancang, melaksana, mengawal selia perkhidmatan bimbingan/kaunseling individu dan kelompok secara profesional dan beretika.
5.4 Merancang, melaksana dan menilai aktiviti perjumpaan dengan ibubapa, guru serta agensi kerajaan dan bukan kerajaan dalam proses pendidikan dan perkembangan murid.
5.5 Merancang dan melaksanakan program-program motivasi murid.
5.6 Memilih PRS dalam kalangan murid dan melatih mereka untuk menjalankan tugas tersebut.
5.7 Mengelola dan menguruskan Bilik Bimbingan dan Kaunseling.
5.8 Merancang, menyedia dan mendedahkan murid kepada peluang pendidikan dan hala tuju kerjaya.
5.9 Menguruskan borang-borang permohonan murid ke IPT.
5.10 Mengadakan aktiviti motivasi dan kemahiran murid ke IPT.
5.11 Menjadi penyelaras dalam program Amalan Guru Penyayang, Mentor-mentee serta program-program anjuran UBK.
5.12 Merancang dan melaksanakan program yang merangkumi bidang pembangunan dan perkembangan sahsiah diri murid, peningkatan disiplin diri murid, pendidikan kerjaya murid serta psikososial dan kesejahteraan mental murid.
5.13 Merancang program -program selepas peperiksaan dan bekerjasama dengan penyelaras tingkatan menyediakan jadual program selepas peperiksaan.
5.14 Membantu pihak pentadbir untuk menjalankan kajian untuk kebaikan sekolah.
5.15 Menguruskan fail dan dokumen yang berkaitan.