Demi merealisasikan visi SMK Telok Panglima Garang sebagai sebuah institusi pendidikan cemerlang selaras dengan cogan kata sekolah ILMU RUKUN HIDUP, kami dengan penuh tanggungjawab berjanji menyempurnakan hak-hak pelanggan kami seperti berikut:
KEPADA PELAJAR
Menyediakan pasukan pendidikan dan kakitangan sekolah yang dinamik dan berkualiti.
KEPADA STAF
Menyediakan prasarana pendidikan yang cukup dan lengkap supaya suasana pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih kondusif.
KEPADA IBU BAPA
Mendidik pelajar supaya menjadi warganegara yang berpengetahuan dan bertanggungjawab serta mengamalkan nilai-nilai murni untuk melahirkan insan yang seimbang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
KEPADA MASYARAKAT
Menyediakan perkhidmatan dan layanan mesra, telus dan keterbukaan dalam menjana idea bersama-sama ibu bapa dan masyarakat.
KEPADA NEGARA
Melahirkan masyarakat yang taat, setia, moden, progresif dan penyayang sebagai bakal tenaga kerja untuk memenuhi keperluan negara.