PASM merupakan pentaksiran yang direka bentuk khusus untuk MBPK. Sesuai dengan kumpulan MBPK, PASM mempunyai tujuan istimewa iaitu untuk mengesan kebolehan (tapping into abilities) murid.
Rancangan Pendidikan Individu (RPI) adalah satu dokumen bertulis. Ia dirancang khusus untuk seseorang murid yang bertujuan mendokumentasikan segala pengubahsuaian dan penerapan ke atas program pembelajaran serta perkhidmatan yang disediakan
Ujian diagnostik adalah satu alat pengukuran yang membolehkan guru mengesan punca dan kelemahan secara terperinci yang dihadapi oleh seseorang murid.
Melalui Program Peningkatan Pencapaian Murid Bekeperluan Khas yang dijalankan ini bertujuan untuk meningkatkan peratus penguasaan sifir dan meningkatkan potensi dan keyakinan diri dalam kalangan MBPK
Kemahiran Vokasional Spesifik (KVS) Asas Roti merupakan mata pelajaran kemahiran untuk MBPK. Latihan amali diperlukan untuk memberi pengalaman sebenar dalam pembuatan roti seterusnya memberi ruang dan peluang untuk MBPK yang berkeupayaan mempelajari dan menguasai pengetahuan dan kemahiran vokasional, serta nilai ke arah menghasilkan modal insan yang berkemahiran bekerja dan mampu berdikari.
Mata pelajaran Asas Pertanian-Perkebunan adalah bagi memenuhi keperluan individu MBPK berkefungsian rendah. Kurikulum ini memberi fokus terhadap kemahiran-kemahiran asas pertanian yang diperlukan dalam kehidupan seharian MBPK agar dapat berdikari dan mampu menyumbang kemahiran yang dipelajari kepada diri sendiri dan keluarga.
Mata pelajaran Perkhidmatan dan Penyelengaraan Mendobi adalah bagi memenuhi keperluan individu MBPK berkefungsian rendah. Kurikulum ini memberi fokus terhadap kemahiran-kemahiran asas mendobi yang diperlukan dalam kehidupan seharian MBPK agar dapat berdikari dan mampu menyumbang kemahiran yang dipelajari kepada diri sendiri dan keluarga.
PAUTAN LINK