Program Ziarah Cakna merupakan salah satu program dibawah Unit Pembangunan HEM. Program ini telah dijalankan untuk mengenalpasti dan memberi bantuan kepada murid-murid yang mempunyai masalah dari segi kebajikan, kesihatan,pendidikan dan sebagainya. Melalui program ini, bantuan daripada pihak sekolah dapat dihulurkan kepada murid-murid yang mempunyai masalah dan dapat meringankan beban mereka. Saluran Telegram Ziarah Cakna juga telah diwujudkan khas untuk melaporkan segala maklumat berkaitan masalah yang dihadapi murid-murid.
Majlis Tautan Kasih PPKI merupakan suatu program istimewa di PPKI SMK Taman Melawati kerana program ini merupakan salah satu program tahunan dibawah Unit HEM PPKI. Program ini dijalankan untuk meraikan sambutan hari lahir murid-murid dan tenaga pengajar PPKI. Pelbagai acara yang dijalankan sepanjang program ini berlangsung seperti sambutan hari lahir murid-murid mengikut bulan kelahiran, persembahan percussion , upacara pemotongan kek oleh pelajar akhir tahun yang bakal menamatkan sesi persekolahan di ppki dan sesi ramah mesra bersama ibubapa murid-murid. Keunikan program ini terutama pada tahun ini adalah kerana kehadiran ibubapa yang ingin bersama-sama memeriahaka.n sambutan hari lahir bersama anak-anak. Adalah menjadi harapan supaya program ini akan kekal dilaksanakan di PPKI SMK Taman Melawati.
Program Gotong Royong telah dijalankan disekitar kawasan PPKI, kelas-kelas, kebun dan bilik masakan. Program dibawah unit 3K ini telah sedikit sebanyak dapat menceriakan dan menambahbaik infrastruktur yang dapat dimanfaatkan oleh murid-murid ppki. Kerjasama daripada pelajar-pelajar sangat memberangsangkan dan hasil daripada program gotong royong ini telah memberi banyak kemudahan dan keselesaan kepada warga sekolah khususnya murid-murid PPKI.
Pelbagai program telah dijalankan dibawah unit Hal Ehwal Murid PPKI SMK Taman Melawati. Semua program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid-murid ppki berkomunikasi dengan masyarakat luar. Ini bertujuan untuk menyediakan mbpk ini kearah transisi kerjaya supaya mereka dapat beradaptasi dan tidak kekok apabila bekerja dan bergaul dengan masyarakat setelah tamat persekolahan.