Sejarah SMK Taman Daya 2
SMK Taman Daya 2 mula beroperasi pada 6 Januari 2003. Upacara pengoperasian sekolah telah disempurnakan oleh wakil Pengarah JPNJ iaitu Tn. Hj. Mohd Basri b. Hj. Abd. Manan (Ketua Sektor Pendidikan Islam dan Moral) dan En. Mohamed b. Mohd Nasir (Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Johor Bahru).
Watikah pengoperasian sekolah telah diserahkan kepada pengetua pembimbing iaitu Pn. Hjh. Amnah binti Mohamed (Pengetua SMK Taman Daya).