T-Shirt Fun Run -depan (RM35)
T-Shirt Fun Run -belakang (RM35)
T-Shirt Fun Run -lengan panjang (RM45)
TERMA & SYARAT TD2 “VR” CHALLENGE 2021
1. Terbuka kepada pelajar SMK Taman Daya 2 sahaja bagi kategori 14 hingga 18 tahun. Kategori terbuka kepada guru dan staf SMK Taman Daya 2 sahaja.
2. Peserta mestilah mendaftarkan menggunakan link yang akan diberikan iaitu google form.
3. Pembayaran bagi penyertaan kategori ‘Fun Run’ adalah RM 35 untuk peserta lelaki dan RM 45 untuk peserta perempuan. Wajib mendapat kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga masing-masing bagi kategori bawah 18 tahun.
4. Selepas membuat bayaran, peserta perlu screenshot bukti pembayaran dan upload gambar semasa mengisi link pendaftaran.
5. Penyertaan bagi kategori “Challenge’ adalah percuma. Wajib mendapat kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga masing-masing bagi kategori bawah 18 tahun.
6. Kategori ‘Fun Run’ peserta akan mendapat baju, medal dan sijil penyertaan. Kategori “Challenge” peserta akan mendapat medal dan sijil penyertaan.
7. Jarak larian untuk kategori ‘Fun Run’ adalah 3km untuk peserta lelaki dan perempuan. Jarak larian bagi kategori “Challenge” adalah 3km untuk peserta perempuan dan 5km untuk peserta lelaki.
8. Kategori Fun Run, peserta boleh mengumpul jarak larian. Peserta boleh memulakan untuk berjalan/larian mereka semasa tempoh larian (peserta tidak perlu melengkapkan larian hanya dalam satu hari sahaja) tidak kira jarak berapa sekalipun (contohnya 1km atau 2km sehari) pada bila-bila masa antara tempoh larian bermula sehingga tarikh akhir larian.
9. Kategori Challenge, peserta perlu melengkapkan larian sekali sahaja. Peserta tidak boleh mengumpul jarak larian.
10. Peserta harus melengkapkan jarak larian dan buktikan dengan screenshot jarak menggunakan applikasi Strava (berupaya merekod jarak & masa larian).
11.Peserta akan upload gambar bukti larian di google form yang akan diberikan kepada peserta.
12.Pihak penganjur atau pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kematian semasa larian berlangsung jika perkara tersebut berlaku disebabkan kecuaian para peserta sendiri.
13.Jika ada sebarang persoalan boleh bertanyakan kepada Cikgu Zaman (0177476367) dan Cikgu Syazwani (0172005472).