Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) ialah pelbagai jenis peralatan teknologi dan sumber yang digunakan untuk mewujud, menyebar, menyimpan, mengumpul, dan mengurus maklumat dan berkomunikasi. Teknologi yang dimaksudkan merangkumi komputer, Internet, teknologi penyiaran dan transmisi.
ICT Dalam Pendidikan ialah penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi yang menyokong proses teras dalam pengurusan dan pentadbiran pendidikan, pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta pembelajaran sepanjang hayat. Penggunaan ICT dalam PdP membolehkan aktiviti PdP dijalankan tanpa kekangan tempat dan masa, meningkatkan penggunaan sumber pendidikan, berupaya meningkatkan kualiti pendidikan di samping mempercepat proses pendidikan berasaskan kadar kebolehan murid